Saturday

Kisah tiga orang cacat dengan Malaikat

Suatu waktu Abu Hurairah r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita mengenai tiga orang cacat. Tiga Orang cacat dari kalangan Bani Israil seorang menderita penyakit kusta, seorang berkepala botak manakala seorang lagi buta.

Allah s.w.t. menguji ketiga-tiga mereka. Maka mula-mula diutus seorang malaikat berjumpa dengan yang berpenyakit kusta. Malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau sukai?"
Jawabnya, "Warna dan kulit yang bagus serta sembuh dari penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik kepadaku."

Malaikatpun mengusap orang itu lalu sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya selama im. Kemudian diberikan padanya warna kulit yang
bagus. Malaikat bertanya lagi, "Harta yang paling kamu sukai?" Jawab orang itu, "Unta." Lalu diberinya unta bunting yang hampir beranak. Malaikat mendoakannya, "Semoga Allah S.W.T. memberi berkat kepadamu dengan pemberian ini."

Selepas itu malaikat berjumpa dengan orang yang berkepala botak, katanya," Apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Rambut yang cantik dan hilangnya aib yang menyebabkan orang benci kepadaku."
Lalu, malaikatpun mengusap kepala orang itu dan tumbuhlah rambut yang cantik. Malaikat bertanya lagi. "Harta apa yang paling kamu sukai?" Orang itu menjawab, "Lembu." Maka diberinya lembu bunting sambil berkata, "Semoga Allah S.W.T. memberkatimu dengan pemberian ini."

Seterusnya malaikat bertemu pula dengan orang buta sambil bertanya, "Apakah yang paling kamu sukai?" Jawab orang itu, "Semoga Allah mengembalikan penglihatanku supaya aku dapat melihat orang ramai." Maka malaikat mengusap mata orang buta itu, lalu dia dapat melihat. Tanya malaikat lagi, "Harta apa yang paling kamu suka?" Orang itu menjawab, "Kambing." Lalu diberinya kambing serta anaknya.

Lalu berkembang biaklah ternakan-ternakan tersebut sehingga menjadi ladang . lembu, ladang unta serta ladang kambing. Setelah beberapa lama kemudian, malaikat mendatangi si penderita kusta dan berkata:
"Aku seorang miskin dan aku kehabisan bekalan dalam perjalananku yang masih jauh. Sekarang aku tidak dapat sampai ke tempat tujuanku melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T. melalui bantuan yang tuan berikan. Oleh itu, aku minta kepadamu dengan nama Allah yang telah memberi kamu warna dan kulit yang bagus serta ternakan unta yang berkembang biak dengan banyaknya, sudikah kamu memberiku sedikit bekalan untuk meneruskan perjalananku ini.

Tetapi, orang itu menjawab dengan angkuh,"Aku banyak tanggungan."
"Aku seolah-olah masih ingat kepadamu. Bukankah kamu yang menderita penyakit kusta yang jijik dahulu."
Dulu kamu miskin, lalu diberi rezeki." Jawab orang itu, "Harta ini kuwarisi dari nenek moyangku yang kaya raya." Malaikat berkata, "Jika kamu berbohong maka Allah S.W.T. akan mengembalikan kamu kepada keadaan asalmu dahulu."

Kemudiannya malaikat bertemu pula dengan orang yang berkepala botak dan berkata kepadanya dengan perkataan yang sama ditanya kepada penderita penyakit kusta. Si kepala botak juga telah menolak permintaan malaikat dengan alasan yang sama diberikan pesakit kusta. Malaikat berkata, "Jika kamu bohong, maka Allah S.W.T. akan mengembalikan kamu kepada bentuk asal kamu.

Seterusnya malaikat menemui pula orang buta lalu berkata, "Aku kehabisan bekalan dalam perjalanan. Tidak ada yang dapat menolongku melainkan Allah S.W.T. melalui kamu. Oleh itu aku pohon padamu dengan nama Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu semoga kamu sudi memberi aku seekor kambing.

Orang buta menjawab dengan penuh keinsafan dan rendah hati: "Dahulu aku buta, kemudian Allah S.W.T. mengembalikan penglihatanku dan memberi aku ternakan ini. Ambillah berapa banyak yang kamu hendak."
Kata orang buta itu lagi, "Demi Allah, aku redha jika kamu ingin mengambil semua hartaku ini kerana Allah.
Malaikat menjawab, "Tidak, jagalah harta kamu. Sesungguhnya aku hanya menguji kamu. Kamu sungguh diredhai Allah sedangkan kedua-dua sahabatmu dimurkai Allah S.W.T."
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa