> ibu melahirkan anak,
> urinya
> > >akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah
> dibersihkannya daripada
> > >darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu
> ianya dibuang begitu
> > >sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah
> menjadi kesalahan.
> > >
> > >Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu
> tempat dan kemudian
> > >diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan
> kemudian diletakkan lampu
> > >di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu
> menyerupai adat agama Hindu.
> > >
> > >Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak
> perempuan supaya pandai
> > >memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki
> supaya pandai menukang.
> > >Tetapi
> > >itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana
> kemahiran anak perempuan bukan
> > >lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang
> pelajaran, maka apakah kena
> > >ditanam
> > >uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak
> lelaki pula, apakah
> perlu
> > >ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah
> adat Melayu yang tidak ada
> > >logik dan tidak ada gunanya.
> > >
> > >Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama
> pada waktu dahulu, anak
> itu
> > >akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras
> atau kunyit. Ini juga
> > >menyerupai Hindu.
> > >
> > >Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang
> suka menonton rancangan
> > >Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.
> > >
> > >Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan
> dengan bertepung tawar
> > >dan
> > >melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras
> padahal minyak wangi banyak
> > >dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai
> semangat yang ada pada
> > >padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang
> Hindu dalam memuja
> > >semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga
> dan akan berumahtangga
> > >hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa
> hendaklah menasihatkan
> > >anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara
> yang bertentangan dengan
> > >Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah
> bersanding dengan upacara ala
> > >Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah
> atau pendakwah dan hendak
> > >bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai
> hal ini, orang lain sudah
> > >tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah
> menunjukkan contoh yang
> > >salah.
> > >
> > >Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh
> orang Melayu di majlis
> > >akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang
> Hindu. Berbincanglah
> > >dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga
> bakal pasangan anda dan
> > >nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu
> majlis perkahwinan yang
> > >bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak
> berdakwah, anak-anak kita
> > >nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung
> dosanya kerana kita
> telah
> > >mewariskan adat agama syirik!
> > >
> > >Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah
> ditanam, akan ditabur bunga di
> > >atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu.
> Kalau kita perhatikan,
> > >orang
> > >Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan
> bunga ke atas mayatnya.
> > >Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga
> di atas kubur, bahkan
> > >mayat
> > >itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum
> dibawa ke tanah
> > >perkuburan.
> > >
> > >Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi:
> "Biar mati anak, jangan
> mati
> > >adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada
> orang Hindu juga kerana
> > >mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang
> betulnya: "Biar yang lain
> > >terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
> > >itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini,
> terutamanya yang tua-tua,
> > >bermati-matian menegakkan adat, walaupun
> bercanggah dengan Islam, seperti
> > >bersanding di atas pelamin dengan upacara yang
> bukan-bukan.
> > >
> > >Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang
> Hindu, bagaimanakah kita
> > >boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah
> telah berfirman yang
> > >bermaksud:
> > >
> > >"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu
> kepada Allah dengan
> > >sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati
> kecuali sebagai orang-orang
> > >Islam."
> > >
> > >Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita
> mestilah dengan cara Islam,
> > >daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita
> dikuburkan di bumi.
> > >
> > >Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung
> dengan orang-orang Melayu.
> > >Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang
> mempengaruhi orang Melayu. Namun
> > >sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan
> kita daripada sebarang
> > >penyerupaan dengan amalan agama lain.
> > >Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
> > >
> > >"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia
> daripada kaum itu."
> > >
> > >Dalam riwayat yang lain:
> > >"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama
> mereka (kaum yang
> > >diserupainya)."
> > >
> > >Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa
> perlu ditokok tambah
> atau
> > >dibuang atau diubah.
2 comments:
terima kasih wandi banyak2.
perkara macam ne la saya dah mencari lama.
harap masyarakat muslim yang mengaku beriman tahu jua akan kebenaran dan asal usul kita.
harap mereka dapat membezakan antara agama islam,adat serta budaya.yang mana orang melayu kita terlalu obses dengan keMelayuannya sehinggakan mengetepikan ajaran agama ISLAM dalam hampir ke semua hal.saya ucapkan syabas bagi penulis BLOG ini.
cuma ada sedikit penambah baikan.
dimana adat berinai bagi lelaki dan mengukir inai juga adalah adat hindu tulen.
marilah kita menegakkan yang benar.dan terus mencari kebenaran.walaupun dunia sekarang semakin penuh dan sesak dengan kesesatan yang nyata.kesemua orang sudah 'buta' mata kanannya (kebenaran).dan yang tinggal hanya mata 'kirinya'(seperti DAJJAL).moga ramai umat ISLAM yang mengaku berIMAN sedar akan perkara ini,dan sama2 mencari kebenaran dan membetulkan akidah kita.ISLAM kita bukan dari keturunan,bukan ikut-ikutan,bukan cedok-cedokkan,tapi ISLAM kita adalah yang kita belajar dari mereka yang berilmu,beramal soleh,yang alim,ahli ulama.
jangan sampai suatu hari nanti, bila ditanya kenapa kita beragama ISLAM.jawab kita sebab ibu bapa kita atau datuk nenek moyang kita yang bercakap "lailahaillalah" maka kita pun cakap "lailahaillallah"...
pikir-pikir kan lah bagi mereka yang mahu berfikir dan berakal.
wallahualam.
saya ber istighfar
haram hukumnya berinai bagi lelaki & mengukir inai bagi wanita.
~sebagai tambahan diatas~
Post a Comment