Sunday

Hadis kiamat sudah dekat

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..
2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..
3. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
4. Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
10. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..
11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..
13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wednesday

Adakah dia benar-benar mencintaiku???

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

Monday

Kepada Insan Yang Kucintai....

Salahkah aku mencari cinta…?tp stiap kali cinta yg aku dpt tak pernah membahagiakan aku..semuanya cinta palsu..yg dilindungi oleh jnji2 manis sang pria..aku benar2 kecewa..tp siapa aku utk melawan takdir..kini aku merasakan hidupku lebih tenang tanpa cinta..aku gmbira dan bahagia begini..tak perlu memikirkan tntg org lain..tdk menyakiti dan tak perlu tkt disakiti..cinta bgku sudah tiada maknanya lg..aku cukup serik utk bermain dgn cinta kerna seringkali cinta itu membuat aku tak keruan..makanku tak kenyang..mandiku tak basah..tidurku tak lena..hnya kerana cinta..lbh menyakitkan apabila hanya aku yg menanggung derita itu..tdk pula bg sang pria yg aku agung2kan cintanya..benar kata org..kita tdk seharusnya mempercayai seseorg itu dgn mudah..apabila aku menggantung harapan yg terlalu tnggi terhadapnya..aku terasa amat sakit sekali apabila harapanku itu hanya dipandang sepi..lantas segala2nya terkubur begitu sahaja dimamah waktu…

mengapa aku disakiti..apa salah dan dosaku padamu..?sehingga kau menghukum aku begini..walo bagaimanapun perlakuanmu terhadapku..walo setajam mana perkataanmu menghiris hatiku..sehingga disaat ini…aku masih tidak mampu memadam perasaan cintaku terhadapmu…hanya kamu yg aku dambakan setiap waktu…seandainya kamu tahu isi hatiku ini..aku ingin sekali memohon izinmu utk terus menyayangi dirimu selagi aku mmpu…aku x pernah dapat melupakan segala yg pernah berlaku antara kta berdua…akan kusimpan segala memori yg tercipta sepanjang kta bersama…walo kta x pernah bersua…namun ingatanku masih kuat dengan segala yg diluahkan dr bibirmu…seandainya kau tahu betapa seksa aku disini…menanti hadirmu disisiku walo aku tahu hal itu xkn mngkn terjadi…

mengapa kau menghukum aku sedemikian rupa…kau tawan katiku kemudian kau campakkan aku…mudahnya kau membuang aku dari hidupmu seperti mana mudahnya kau melafazkan cintamu padaku suatu ketika dahulu..tanpa memberi aku peluang untuk berteduh di payung kasihmu lebih lama lagi..maka hadirlah dalam mimpiku..agar terubat rindu di hati ini…walaupun hubungan kita tidak lagi seperti dulu..tetapi cintaku terhadapmu masih kekal subur dari dulu,kini,dan selamanya…tak mungkin ada insan lain yang berjaya merampas takhtamu di hatiku…kerana pintu hatiku ini telah tertutup untuk menerima cinta..aku tak sanggup lagi merasa peritnya ditinggalkan oleh insane yang paling disayangi…kau tinggalkan aku disaat aku mulai menyayangimu sepenuh hati..disaat aku mempercayaimu melebihi segala-galanya…ketahuilah olehmu..saban waktu aku merinduimu..walau aku menyedari aku sudah tiada ertinya lagi dalam hidupmu..

namun..aku tetap bersyukur kerana kau pernah membuat aku bahagia walau seketika cuma…aku sendiri tidak pasti..atas dasar apa kau menerimaku sebagai kekasihmu suatu ketika dahulu…dan aku juga buntu…atas dasar apa kau meninggalkan aku..ttp..aku tidak pernah mampu untuk memadam perasaan cinta itu terhadapmu..sekali lagi..aku pohon keizinan darimu utk terus mencintaimu selagi aku mampu..hanya namamu yang sering meniti dibibir ini..hanya wajahmu yang sering singgah dibenakku..terima kasih kerana telah mengajar aku erti cinta..dan kau juga telah mengajar aku erti kecewa….derita…dan sengsara…

Kepada semua insan yang sedang bercinta…cintailah mereka yang mencintaimu itu sepenuh hatimu…jangan kau persiakan dia kerana kamulah yang menjadi harapan dan impiannya..dan jangan pula kamu mendendami mereka yang mengecewakanmu…mungkin Tuhan mempertemukan kamu dengan orang yang salah sebelum Dia mempertemukan kamu dengan orang yang benar-benar mencintaimu…
 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa