Friday

Awas!!!! Ajaran Ayah Pin


Polis Terengganu menyifatkan Ayah Pin atau nama sebenarnya Arif Muhamad, 65,(Gambar)masih lagi satu ancaman kerana pengaruh ajaran sesatnya belum berkubur sepenuhnya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, walaupun demikian, sebarang tindakan untuk menangkapnya tertakluk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan polis tidak boleh melangkaui keputusan jabatan itu yang berkuasa terhadap hal berkaitan agama Islam.

“Dalam tempoh terdekat, mungkin ada ke arah itu (penahanan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam yang mengarahkan polis Terengganu mendapatkan penjelasan daripada JHEAT yang belum membenarkan polis menahan Ayah Pin walaupun dia dipercayai pulang ke negara ini dari Selatan Thailand baru-baru ini.

Mohd. Shukri berkata, bahawa dalam pertemuan dengan JHEAT semalam, polis dimaklumkan bahawa jabatan itu masih dalam proses memulihkan akidah pengikut-pengikut Ayah Pin.

“Polis dimaklumkan ada antara pengikut Ayah Pin yang sudah bersembahyang Jumaat dan kembali bercampur dengan masyarakat sekitar,” katanya.

Di Kemaman, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengarahkan JHEAT supaya menyerahkan laporan perkembangan terkini siasatan mengenai Ayah Pin kepada beliau dengan tempoh terdekat. - Bernama
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa