Tuesday

Petua Atasi Keletihan Setelah Seharian Penat Bekerja

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun
di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada
puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya dijadikan amalan seharian.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan
seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi
menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku
ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik
untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-
ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya :- "Demi
Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai
kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

INGAT, lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah
ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yang lain agar dapat
dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalam menyampaikan dakwah ini kerana
Allah.

Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya. Tanamlah benih
yang baik semasa kita di dunia agar kita dapat memperolehi hasil yang baik juga di
akhirat sana. AMIN
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa