Ratuku....
ingin kuluahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbingan kuini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
Ratuku...
kebimbinganku ini
masih menebal
apabila kudengar
dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relaku
Ratuku.....
kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikkanya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya
Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga
masihkah wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang kulihat
hari ini
semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku...
bukanlah kuharapkan
kau segigih siti hajar
yang berlari-lari
antara safa dan marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardiah
menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku.....
Akuilah hakikat yang tersirat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aishah
bukan juga Rabiatun Adawiyah
wanita suci terpuji
kerana......
aku tidak layak sedemikian rupa
cukuplah kau sekadar
cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunya
tidak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku....
esok musim bunga
pastikan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan ketika itu
kau jagalah kelopakmu
jangan sampai tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda
kumbang ganas menghisap madumu
jangan biarkan
gagak hitam merosakkan serimu lagi
Kerana kau ratu
idaman kalbu
Ratuku....
Aku bukanlah memandang kecantikkan mu
walaupun kadangkala aku menarik memandangnya
Tapi...
bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku
tersenyum lega
kerana akan kutemui ratu
yang benar ratu
0 comments:
Post a Comment