Thursday

Untuk dia ratuku....

Saat Malam ini datang,
aku terfikirkan dia,
Dia yang aku sayang,
Dia yang aku puja,
Dia yang memiliki hati ini.

Sayang..,
Hubungan ini terlalu indah untuk aku gambarkan
terlalu manis untuk di rasai,
Banyak kenangan tercipta saat kita bersama.

Kasih,
Andai memang ini takdirnya,
Kau dan aku terpaksa berpisah,
akan ku terima semua ini seadanya,
jika ini ketentuan illahi,
kasih ini tidak direstui,
Ku harap kita akan terus berani
untuk meneruskan kehidupan ini.

Cinta,
Tercipta dengan cantuman dua hati,
Kini mati saat kasih, sayang itu pergi,
Namun aku mahu Dia tahu,
Aku akan terus mencintainya
Seumur hidupku,
Sepanjang Hayatku,
Setiap Nafasku,
Setiap Denyut Nadi ku,
Setiap Degupan Jantung Ku,
Akan menyimpan kenangan cinta Mu pada Ku..

Sayang, Kasih, Cinta,
Kini tiada lagi tempat untuk aku curahkan segalanya,
Akan aku khabarkan pada laut, pada ombak,
suatu masa dahulu aku sangat bahagia di samping Dia..

Saturday

Kesedihan....Hadirmu Lagi

Dedikasi khas buat temanku sekalian.....biarkanlah kesedihan moga ada hikamh disebalik kedatangannya......)

Kesedihan....
Engkau sering datang tanpa diundang
engkau menjelang tanpa ungkapan salam
engkau menerpa masuk tanpa dijemput
engkau hinggap lekat di berbagai sudut

dengan wajah yang menyimbah resah
dengan lidah yang menempa gundah
dengan cara yang membawa lara
dengan bahasa yang menempa duka
bagimu rupa yang bermacam warna
hinggaku lupa membezakan warna

kesedihan
pada awal mengenalimu
sering kau lalu dan bertamu
entah berapa kian kali kau datang ke sini
entah berapa waktu kau menggangu
entah berapa medan kau ku tentang
entah berapa lama kita berkawan
tapi sayang.....
datang dan pulangmu sama sahaja
hadir dan pergi tiada bezanya

kesedihan......
ku tahu kau kan selalu datang menjengukku
tapi kadangkala susah untuk kau meninggalkanku
entah mengapa?
kau selalu mengusutkan pemikiranku
memningkan kepala yang selalu peningan dengan penanganmu

Kesedihanku tahu.....
kau terus datang, sukar dihalang
kaukan terus bertamu, sukar dijemu

namun pabila kita berjumpa
kaukan hambat dengan airmata munajat
kaukan ku lontar dengan esakan istighfar
kaukan ku siaga dengan tangisan doa
kaukan gempur dengan rasa syukur

kesedihan.....hadirlah jika itu yang kau mahu
moga jelmamu selalu membangunkan pilu di malam syahdu
untuk membasahi pipi dengan meratapi Ya Rabbi......

Doa Seorang Kekasih

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Kerana batasan adat dan syariat
menguji kekuatan keteguhan Iman
Insan Yang berkasih............




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Wednesday

Wahai Adam....bace & faham..Jangan pulak kita ke lembah Neraka....Nauzubillah

"Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,J IN DAN BATU-BATU."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang Allah swt berikan pada kita.

Tuesday

Suka Duka Minggu Ini

Alhamdulillah.....

Minggu silih berganti
Hari berganti hari
Usia kita semakin meniti hari
Entah esok atau lusa kita tidak pasti

tapi Minggu ni aku dah dapat menyelesaikan banyak tugas aku...
itulah yang paling menggembirakan.....
pertama.......Pn Masita dah siap check PSM aku
kedua.........Akudah siap edit aku punya PSM
ketiga........Laporan Akhir PSM 1 telah aku hantar kepada penyelia dan penilai

hehehe.....
Walaupun tadi penilai aku (Mr Tan) silap sebut nama aku
tapi....
xpe aku x kisah janji aq punya psm 1 dapat dihantar dan diterima oleh penyelia n panel...aq tgh bahagia sangat time ni


hehehe...
Tp mcm besa...
Orang kata hari takkan selalunyer cerah @
Kusangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari...
aq perlu menghadapi minggu peperiksaan pada minggu ni, minggu depan n minggu seterusnya.
Walaupun subjek ICT semalam telah berjalan dengan lancar....Alhamdulillah
sekarang ni tinggal pensyarah je nak tentukan mcm mana result aq moga2 tu suksess lerrr
hehehehe
Hari Jumaat ni aq ada subjek Elektronik Industri
Ramai ornag menjangkakan aq akan skor
tetapi bukan atas kepandaian aq
Depa kata Pn Anizam 2 "Kakak aq"
so, aq blh dpt A
Moga ape yg mmber aq sebut 2 jadi doa
Aminn

Tp bagi aq x de maknenye
kakak ke adik ke?
klu aku skor tentu berjaya....


hehehe
okla dlu aq nak study subjek "akak " aq dlu

bye....
Jumpa lagi

Weh...Jangan Terkejut Kereta Terbaruku








Canggih tak keretaku....jgn ade sape2 yg jealous tau...hehehe

Saturday

Mengapa kita Perlu Berwuduk Ea?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?Bersyukurlah dan bertaubat selalu

Renung-renungkan

Wednesday

Ya Allah....Jika Aku Jatuh Hati..

Ya Allah jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatan untuk mencintaimu

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya bertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu.....

Ya Rabbana jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hati MU

Ya Rabbul Izati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
syahid di JalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihmu
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
disepertiga malam terakhirmu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihmu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada MU

Ya Allah
Jika kau halalkan aku merindui kekasihmu
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada Mu

----Amin Ya Rabbal Alamin----

Tuesday

Surat lg ???(Adam kasi ke Hawa tau)

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga
dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa
mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu di akhir
zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-
bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa
Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari
satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.
Adam... Bukan kerana ramainya isterimu
yang membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku
risau,gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku
sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk
ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula
untukku meyatakan isi
perkara.
Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran
ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga
aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam
redha Tuhanku dan
Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa
yang sudah terjadi
pada kaumku kini, aku dan kaumku telah
ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah
menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah
mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan,
di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika
terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku
mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah
lebih dari sepatutnya.
Adam... Mengapa kau biarkan aku
begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang
diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal
negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk
saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau
perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?
Adam... Marahkah kau jika kukatakan
andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang
berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam
kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada
hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya
dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-
isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku
adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana
kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah
aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya
kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu
Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan
alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
dan
kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami
kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu
dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad
ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.

Sunday

Berhentilah Menjadi Gelas


Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, " jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis keasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka.

"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya.

Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."

Add your comment

Pengurusan Stress (Stephen Covey)

Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:

“Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?”

Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.

“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.

“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.”

“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut.”

“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.

Ciri-ciri Muslimah Idaman Mukminin

Renungilah kerana sesungguhnya Mukmin yang baik untuk muslimah yang baik dan sebalikanya..Semoga jadi pedoman kepada semua. Saya bg 5 saat, pikirlh untuk jadi baik atau tidak. jgn takut untuk jadi yang baik kerana mulut manusia tidak boleh ditutup....cthnya: Jika lelaki/ perempuan memakai pkaian menutup aurat, masyarakat akan kata "nak tunjuk alim konon". tp bla kita dedahkan aurat "masyarakat akan kata anak sapa 2 pakaian x senonoh langsung". Jadi, jdlah yang terbaik kerana mulut manusia x biasa ditutup. seperti kata pepatah "Mulut Tempayan bisa ditutup, tp mulut masnusia ......". berikut saya kongsi ciri muslimah idaman mukmin

T Taat pada suami

A Allah diutamakan

Q Quran di junjung

W Wanita solehah

A Amanah tunai tanggungjawab




T Tunjuk kasih sayang

A Anak pandai dididik

A Akhlak mulia

T Tutup keaiban suami





S Solat dijaga

O Org tua dihormati

P Puasa dikerjakan

A Aurat di pelihara

N Nabi dicontohi

Saturday

gagak

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"

"Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut..........

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL :
JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA

Kisah tiga orang cacat dengan Malaikat

Suatu waktu Abu Hurairah r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita mengenai tiga orang cacat. Tiga Orang cacat dari kalangan Bani Israil seorang menderita penyakit kusta, seorang berkepala botak manakala seorang lagi buta.

Allah s.w.t. menguji ketiga-tiga mereka. Maka mula-mula diutus seorang malaikat berjumpa dengan yang berpenyakit kusta. Malaikat bertanya, "Apakah yang paling engkau sukai?"
Jawabnya, "Warna dan kulit yang bagus serta sembuh dari penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik kepadaku."

Malaikatpun mengusap orang itu lalu sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya selama im. Kemudian diberikan padanya warna kulit yang
bagus. Malaikat bertanya lagi, "Harta yang paling kamu sukai?" Jawab orang itu, "Unta." Lalu diberinya unta bunting yang hampir beranak. Malaikat mendoakannya, "Semoga Allah S.W.T. memberi berkat kepadamu dengan pemberian ini."

Selepas itu malaikat berjumpa dengan orang yang berkepala botak, katanya," Apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Rambut yang cantik dan hilangnya aib yang menyebabkan orang benci kepadaku."
Lalu, malaikatpun mengusap kepala orang itu dan tumbuhlah rambut yang cantik. Malaikat bertanya lagi. "Harta apa yang paling kamu sukai?" Orang itu menjawab, "Lembu." Maka diberinya lembu bunting sambil berkata, "Semoga Allah S.W.T. memberkatimu dengan pemberian ini."

Seterusnya malaikat bertemu pula dengan orang buta sambil bertanya, "Apakah yang paling kamu sukai?" Jawab orang itu, "Semoga Allah mengembalikan penglihatanku supaya aku dapat melihat orang ramai." Maka malaikat mengusap mata orang buta itu, lalu dia dapat melihat. Tanya malaikat lagi, "Harta apa yang paling kamu suka?" Orang itu menjawab, "Kambing." Lalu diberinya kambing serta anaknya.

Lalu berkembang biaklah ternakan-ternakan tersebut sehingga menjadi ladang . lembu, ladang unta serta ladang kambing. Setelah beberapa lama kemudian, malaikat mendatangi si penderita kusta dan berkata:
"Aku seorang miskin dan aku kehabisan bekalan dalam perjalananku yang masih jauh. Sekarang aku tidak dapat sampai ke tempat tujuanku melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T. melalui bantuan yang tuan berikan. Oleh itu, aku minta kepadamu dengan nama Allah yang telah memberi kamu warna dan kulit yang bagus serta ternakan unta yang berkembang biak dengan banyaknya, sudikah kamu memberiku sedikit bekalan untuk meneruskan perjalananku ini.

Tetapi, orang itu menjawab dengan angkuh,"Aku banyak tanggungan."
"Aku seolah-olah masih ingat kepadamu. Bukankah kamu yang menderita penyakit kusta yang jijik dahulu."
Dulu kamu miskin, lalu diberi rezeki." Jawab orang itu, "Harta ini kuwarisi dari nenek moyangku yang kaya raya." Malaikat berkata, "Jika kamu berbohong maka Allah S.W.T. akan mengembalikan kamu kepada keadaan asalmu dahulu."

Kemudiannya malaikat bertemu pula dengan orang yang berkepala botak dan berkata kepadanya dengan perkataan yang sama ditanya kepada penderita penyakit kusta. Si kepala botak juga telah menolak permintaan malaikat dengan alasan yang sama diberikan pesakit kusta. Malaikat berkata, "Jika kamu bohong, maka Allah S.W.T. akan mengembalikan kamu kepada bentuk asal kamu.

Seterusnya malaikat menemui pula orang buta lalu berkata, "Aku kehabisan bekalan dalam perjalanan. Tidak ada yang dapat menolongku melainkan Allah S.W.T. melalui kamu. Oleh itu aku pohon padamu dengan nama Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu semoga kamu sudi memberi aku seekor kambing.

Orang buta menjawab dengan penuh keinsafan dan rendah hati: "Dahulu aku buta, kemudian Allah S.W.T. mengembalikan penglihatanku dan memberi aku ternakan ini. Ambillah berapa banyak yang kamu hendak."
Kata orang buta itu lagi, "Demi Allah, aku redha jika kamu ingin mengambil semua hartaku ini kerana Allah.
Malaikat menjawab, "Tidak, jagalah harta kamu. Sesungguhnya aku hanya menguji kamu. Kamu sungguh diredhai Allah sedangkan kedua-dua sahabatmu dimurkai Allah S.W.T."

Selamat Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah...
bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat kita sama-sama menamatkan semester ini bagi sesi 2008/2009 dengan jayanya.

oleh itu, saya secara peribadi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan tidak kira di mana anda berada tidak kira di IPTA/IPTS.
Semoga berjaya dengan cemerlang
Kejayaan Luar Biasa Dicipta Oleh Manusia Biasa Yang Berusaha Secara Luar Biasa


Renung-renungkan dan selamat beramal...

Aurat Insan Hawa

1 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim
2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " - An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " - An-Nur : 31
5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah" Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :"Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja" Riwayat Muslim dan Bukhari
8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" - An Nur : 31
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya
tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " - Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " - An Nur : 31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " - Al Ahzab : 59
13 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya " Wallahu 'alam.

Adat Hindu Yang Kita Tiru

> > >Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah
> ibu melahirkan anak,
> urinya
> > >akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah
> dibersihkannya daripada
> > >darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu
> ianya dibuang begitu
> > >sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah
> menjadi kesalahan.
> > >
> > >Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu
> tempat dan kemudian
> > >diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan
> kemudian diletakkan lampu
> > >di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu
> menyerupai adat agama Hindu.
> > >
> > >Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak
> perempuan supaya pandai
> > >memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki
> supaya pandai menukang.
> > >Tetapi
> > >itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana
> kemahiran anak perempuan bukan
> > >lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang
> pelajaran, maka apakah kena
> > >ditanam
> > >uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak
> lelaki pula, apakah
> perlu
> > >ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah
> adat Melayu yang tidak ada
> > >logik dan tidak ada gunanya.
> > >
> > >Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama
> pada waktu dahulu, anak
> itu
> > >akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras
> atau kunyit. Ini juga
> > >menyerupai Hindu.
> > >
> > >Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang
> suka menonton rancangan
> > >Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.
> > >
> > >Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan
> dengan bertepung tawar
> > >dan
> > >melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras
> padahal minyak wangi banyak
> > >dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai
> semangat yang ada pada
> > >padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang
> Hindu dalam memuja
> > >semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga
> dan akan berumahtangga
> > >hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa
> hendaklah menasihatkan
> > >anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara
> yang bertentangan dengan
> > >Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah
> bersanding dengan upacara ala
> > >Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah
> atau pendakwah dan hendak
> > >bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai
> hal ini, orang lain sudah
> > >tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah
> menunjukkan contoh yang
> > >salah.
> > >
> > >Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh
> orang Melayu di majlis
> > >akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang
> Hindu. Berbincanglah
> > >dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga
> bakal pasangan anda dan
> > >nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu
> majlis perkahwinan yang
> > >bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak
> berdakwah, anak-anak kita
> > >nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung
> dosanya kerana kita
> telah
> > >mewariskan adat agama syirik!
> > >
> > >Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah
> ditanam, akan ditabur bunga di
> > >atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu.
> Kalau kita perhatikan,
> > >orang
> > >Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan
> bunga ke atas mayatnya.
> > >Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga
> di atas kubur, bahkan
> > >mayat
> > >itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum
> dibawa ke tanah
> > >perkuburan.
> > >
> > >Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi:
> "Biar mati anak, jangan
> mati
> > >adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada
> orang Hindu juga kerana
> > >mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang
> betulnya: "Biar yang lain
> > >terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
> > >itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini,
> terutamanya yang tua-tua,
> > >bermati-matian menegakkan adat, walaupun
> bercanggah dengan Islam, seperti
> > >bersanding di atas pelamin dengan upacara yang
> bukan-bukan.
> > >
> > >Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang
> Hindu, bagaimanakah kita
> > >boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah
> telah berfirman yang
> > >bermaksud:
> > >
> > >"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu
> kepada Allah dengan
> > >sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati
> kecuali sebagai orang-orang
> > >Islam."
> > >
> > >Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita
> mestilah dengan cara Islam,
> > >daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita
> dikuburkan di bumi.
> > >
> > >Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung
> dengan orang-orang Melayu.
> > >Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang
> mempengaruhi orang Melayu. Namun
> > >sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan
> kita daripada sebarang
> > >penyerupaan dengan amalan agama lain.
> > >Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
> > >
> > >"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia
> daripada kaum itu."
> > >
> > >Dalam riwayat yang lain:
> > >"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama
> mereka (kaum yang
> > >diserupainya)."
> > >
> > >Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa
> perlu ditokok tambah
> atau
> > >dibuang atau diubah.

Kemalangan Ngeri (Adaptasi dr Kertas Jawapan Bahasa Melayu Penulisan UPSR)

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa