Thursday

Sajak Kematian

Bagi yang belum menyaksikan sajak kematian yang telah diharamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sekolah boleh menyaksikannya disini....

SEMOGA KITA SEDAR BAHAWA KEMATIAN TERLALU HAMPIR

selamat beramal

Selamat Pulang Kekampung

Salam Sejahtera kepada semua...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya menghabiskan peperiksaan akhir bagi semester ini. Ok... Sekarang kosongkan minda dan jiwa serta pulanglah ke kampung masing-masing dengan tenang. Jangar pikir lagi pasal result.ok?

Bagi yang ingin pulang ke kampung saya ucapkan Selamat Pulang ke Kampung dan pastikan anda berhati-hati di jalan raya. Saya mengharapkan anda akan selamat tiba ke kampung masing-masing dengan selamat.

Ingatlah Orang Tersayang sedang menanti anda

Monday

Calon MPP???

Terima kasih kepada semua yang memberi galakan dan sokongan serta mencalonkan aq dalam saf kepimpinan untuk pilihan raya kampus pada kali ini. Saya amat bersyukur dan berbangga kerana kalian semua berani untuk memberi sokongan kepada saya dan terima kasih kepada individu itu tertentu yang memberi dorongan untuk saya bertanding terima kasih sekali lagi.....

Tapi......
pada ruangan ini saya ingin memohon maaf kerana tak dapat untuk memenuhi kehendak yang meminta agar saya bertanding untuk pilihanraya kampus pada kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah saya rasa banyak lagi calon yang mampu untuk memimpin mahasiswa/i sekalian.

Ini adalah kenyataan rasmi saya dan saya rasa mana-mana pihak yang membaca kenyataan ini jangan menspekulasikan kenyataan ini di atas kenyataan saya ini. Saya rasa tidak perlu untuk saya membuat kenyataan secara rasmi lagi.

Diharap pemimpin generasi akan datang adalah yang terbaik.....

Sunday

Majlis Perwakilan Pelajar

Sekarang ini, dimana-mana universiti membincangkan tentang pilihan raya kampus yang akan menjelang bagi sesetengah IPTA dan ada pula sesetengah IPTA lagi telah selamat menjalankannya. Namun, suka untuk saya mengingatkan semua kalian yang bertanding perlulah memastikan pilihan raya yang dijalankan telus dan bersih.

oleh itu, saya mengharapkan pihak HEP dapat mengendalikan pilihan raya ini dengan telus walaupun berbagai gesaan dijalankan supaya sistem e-voting dihapuskan namun pihak KPT masih berpendirian teguh untuk menggunakan sistem ini.

Selain itu, saya menyeru diri saya dan bakal calon MPP supaya menjadikan pilihan raya kampus ini sebagai pilihan raya yang sihat dan boleh dijadikan platform untuk pilihan raya umum kelak ....Insya ALLAH.

Akhir kata, selamat menjalankan tugas dan jangan sia-siakan amanah serta kepercayaan yang telah diberikan.

" Mesra Membantu Pemangkin Modal Insan Berkualiti"

Friday

Perak bagi suntikan 6 Juta kepada pelajar???

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menyediakan sebanyak RM6 juta bagi rangsangan kepada pelajar-pelajar Sekolah Tinggi dan di Universiti dalam dan luar negara.

Dalam ucapan pengulungan Perbebelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berharap nilai galakan tinggi itu dapat menghasilkan lebih ramai pelajar berjaya dan menjadi aset negeri dan negara nanti.

Sehingga kini katanya, sebilangan besar daripada pelajar ke Sekolah Tinggi dan Universiti telahpun diberikan imbuhan sebanyak RM1,000 setiap orang.

Sementara itu beliau menegaskan, sasaran wang saguhati tersebut tertumpu kepada pelajar yang pendapatan keluarga mereka di bawah RM1,500 sebulan.

Katanya, pemberian wang tersebut adalah sebagai ucapan terima kasih dan syukur daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih rakyat untuk memerintah sekarang

Awas!!!! Ajaran Ayah Pin


Polis Terengganu menyifatkan Ayah Pin atau nama sebenarnya Arif Muhamad, 65,(Gambar)masih lagi satu ancaman kerana pengaruh ajaran sesatnya belum berkubur sepenuhnya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, walaupun demikian, sebarang tindakan untuk menangkapnya tertakluk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan polis tidak boleh melangkaui keputusan jabatan itu yang berkuasa terhadap hal berkaitan agama Islam.

“Dalam tempoh terdekat, mungkin ada ke arah itu (penahanan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam yang mengarahkan polis Terengganu mendapatkan penjelasan daripada JHEAT yang belum membenarkan polis menahan Ayah Pin walaupun dia dipercayai pulang ke negara ini dari Selatan Thailand baru-baru ini.

Mohd. Shukri berkata, bahawa dalam pertemuan dengan JHEAT semalam, polis dimaklumkan bahawa jabatan itu masih dalam proses memulihkan akidah pengikut-pengikut Ayah Pin.

“Polis dimaklumkan ada antara pengikut Ayah Pin yang sudah bersembahyang Jumaat dan kembali bercampur dengan masyarakat sekitar,” katanya.

Di Kemaman, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengarahkan JHEAT supaya menyerahkan laporan perkembangan terkini siasatan mengenai Ayah Pin kepada beliau dengan tempoh terdekat. - Bernama

UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN BAJET 2009 OLEH DATUK SERI NAJIB RAZAK, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN

Tuan Yang Dipertua,

TERLEBIH dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2009, khususnya yang membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Banyak perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan tersebut dan Kementerian Kewangan akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran dan berusaha melaksanakan saranan dan cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Bajet 2009 dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu.

Penggulungan pada kali ini mencatat sejarah kerana jawatan Menteri Kewangan Malaysia beralih selepas pembentangan Bajet 2009 dan sebelum penggulungannya. Di sini izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keyakinan beliau melantik saya mengambil alih porfolio Menteri Kewangan. YAB juga telah berjaya menguruskan sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.

Keduanya, kerana tercetus ledakan krisis kewangan global selepas pembentangan Bajet 2009 di Amerika Syarikat dan Eropah yang bahangnya sedang dirasai oleh dunia termasuk Malaysia. Justeru itu, Tuan Yang Dipertua, saya tidak akan mengambil sikap untuk semata-mata menjawab semua teguran dan cadangan seperti amalan biasa waktu perbahasan penggulungan. Sebaliknya di samping melakukan perkara itu, saya bercadang untuk membentang langkah-langkah tambahan sebagai "policy response" terhadap krisis kewangan dunia agar ekonomi Malaysia terjamin pertumbuhan dan rakyat Malaysia tidak terlalu tertekan. Kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk terus membela rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.

Saya ingin memaklumkan bahawa saya berhasrat untuk memberi laluan penjelasan hanya selepas saya membentangkan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009.

Pendahuluan

Semasa awal perbahasan Bajet 2009 ini, beberapa Ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang telah menyarankan agar Bajet 2009 dikaji dikaji semula sepenuhnya dan dibentangkan semula kepada Parlimen, berikutan perubahan iklim ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini.

Kerajaan tidak akan membentangkan semula Bbajet baru 2009. Desakan Cadangan untuk merubah keseluruhan dan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan melengahkan usaha Kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai. Oleh yang demikian, Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada usaha apa yang penting, iaitu mengurus hal ehwal negara dan memperbaiki kehidupan rakyat menjamin kebajikan rakyat agar ekonomi negara tidak akan melanda kemelesetan. Oleh yang demikian, yang penting adalah penting untuk meneruskan rancangan perbelanjaan Kerajaan bagi tahun 2009 demi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan untuk perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan sentiasa sedar dan memantau rapi perkembangan ekonomi di peringkat global dan domestik. Ketidaktentuan dan impak krisis kewangan global ini telah membawa implikasi negatif kepada pasaran kewangan negara kita. Alhamdulillah, dasar, kawal selia serta langkah berhemah Kerajaan yang telah dipraktikkan sebelum ini telah menjadikan asas-asas kewangan negara kekal kukuh.

Tidak seperti krisis kewangan Asia 1997/98 dulu, pasaran kewangan dan hartanah Malaysia tidak dibelenggu petanda-petanda (symptoms) "simptom-simptom speculative bubble" di dalam pasaran kewangan dan hartanah domestik. Selain itu, Malaysia tidak terdedah kepada penularan produk kewangan inovatif yang kompleks dan tidak dikawal, yang juga antara punca utama krisis subprima dan kewangan di peringkat antarabangsa. Sementara itu, sebahagian aset pasaran modal di Malaysia adalah berteraskan prinsip syariah yang mengamalkan tahap hutang dan pengurusan kewangan yang berhemah.

Tambahan lagi, jumlah tabungan negara berada pada paras yang tinggi iaitu sebanyak 37 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini mencerminkan negara mempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi. Sektor perbankan kekal kukuh dengan hutang tak berbayar (NPL) yang rendah iaitu 2.5 peratus dan nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) sebanyak 13.2 peratus, jauh melebihi paras lapan peratus dalam piawaian antarabangsa.

Semua pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Selain daripada kepimpinan politik yang berhemah dan bijaksana, kerajaan juga mengiktiraf peranan badan kawal selia seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang telah melaksanakan tugas mereka secara profesional bagi mengawal-selia sistem kewangan agar sentiasa berada di landasan yang betul. Pendekatan kerajaan yang menguruskan ekonomi yang dulunya di anggap unorthodox (melawan arus), tetapi kini telah diiktiraf sebagai satu keperluan bagi mengatasi kemelut ekonomi terkini yang melanda ekonomi negara besar dunia.

Namun demikian, kerajaan bukannya "in self denial" ataupun menidakkan yang nyata dan benar sebagaimana tuduhan pembangkang. Walaupun Malaysia tidak mengalami krisis kewangan secara langsung dan mempunyai asas-asas kewangan yang kukuh, kita sedar bahawa Malaysia tidak terkecuali atau terlindung daripada menghadapi risiko perkembangan global yang amat mencabar ini.

Bajet 2009 telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai faktor dan ia tidak perlu dikaji semula sepenuhnya. Bajet 2009 sememangnya sudah pun mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan bagi tahun 2009. Sebagai Kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selain daripada memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini, penekanan telah diberi kepada perluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokong golongan miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dan kampung terpencil.

Ini selari dengan hasrat kita untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010, seperti yang disasarkan oleh YAB Perdana Menteri. Sebagai pengganti beliau di Kementerian Kewangan, saya akan pastikan hasrat murni ini akan tercapai. Ini juga secara langsung dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dan merangsang pertumbuhan permintaan dalam negeri. Penekanan juga diberi kepada pelaksanaan program dan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) , terutama yang mesra rakyat dan berimpak tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan mapan.

Dengan itu, Kerajaan komited untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi mengukuhkan tahap keyakinan di dalam negeri dan terus menjamin kesejahteraan rakyat. Walaupun hasil Kerajaan akan berkurangan ketika di kala penurunan harga komoditi yang mendadak serta permintaan global yang lembab, kerajaan akan terus melaksanakan langkah perbelanjaan yang telah dirancangkan. Ini, termasuk memperluaskan program Jaringan Keselamatan Sosial, memperkasakan pendidikan, membangunkan infrastruktur sokongan dan membangunkan kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak.



Kerajaan yakin ekonomi negara pada tahun ini mempunyai daya tahan untuk menghadapi persekitaran global yang serius mencabar kerana momentum pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang kukuh. Pertumbuhan ekonomi domestik disokong, terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan permintaan dalam negeri. Berdasarkan senario ini, saya yakin dan percaya negara akan mencapai sekurang-kurangnya 5 peratus pertumbuhan KDNK bagi tahun 2008.



Seperti yang kita sedia maklum, penunjuk ekonomi global sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan runcing yang dijangka memberi kesan negatif lebih ketara kepada pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun hadapan. Berikutan ituni, banyak negara, termasuk di rantau Asia, telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK kepada paras yang lebih rendah. Ini termasuklah Singapura yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan telah menurunkan anggaran sasaran pertumbuhan KDNK daripada 4 atau hingga 5 5 peratus kepada 3 peratus bagi 2008. Bagi 2009, negara India juga telah menurunkan anggaran sasaran pertumbuhan daripada 8.5 peratus kepada 7.7 peratus manakala pertumbuhan negara China dijangka menurun daripada 9.7 peratus kepada 9.3 peratus.

Dengan mengambil kira semua faktor global dan domestik serta pelaksanaan langkah-langkah tambahan Bajet 2009, saya dengan ini mengumumkan bahawa sasaran pertumbuhan KDNK yang dikaji semula pada tahun 2009 ialah 3.5 peratus. Ini masih di tahap yang memuaskan berdasarkan kepada senario ekonomi global semasa.

Sementara itu, kerajaan yakin negara akan terus mencatat pertumbuhan ekonomi yang positif, iaitu 3.5 peratus pada 2009, dengan defisit fiskal Kerajaan bagi 2009 masih di tahap yang terkawal yang dianggarkan sebanyak 4.8 peratus. Punca defisit ini ialah kerana kerajaan memilih untuk terus mengadakan bajet yang mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi. Tahap ini adalah serupa dengan anggaran defisit tahun 2008. Defisit 4.8 peratus ini adalah bersifat sementara, dalam lingkungan yang munasabah memandangkan negara mempunyai kecairan yang mencukupi untuk meminjam daripada pelbagai sumber dalaman.

Kerajaan akan mengamalkan dasar "expansionary", seperti mana juga yang diamalkan oleh negara-negara lain pada masa kini. Dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan, Kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek-projek tambahan berimpak tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak. Melalui penjimatan ini, sukacita diumumkan bahawa . Selaras dengan kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif membabitkan suntikan peruntukan sebanyak RM7 bilion. Ini adalah penting untuk memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri, serta merangsang keyakinan sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Kerajaan sedar bahawa harga barang masih di tahap yang membebankan pengguna. Namun langkah-langkah proaktif sedang diambil seperti kempen penurunan harga barang oleh pasaraya yang berkaitan. Apabila harga minyak turun, sewajarnya harga barang juga turun. Oleh itu, para peniaga disaran agar lebih bertanggungjawab dengan tidak terlalu mengaut keuntungan di samping pengguna wajar mengambil langkah bijak ketika berbelanja. Kadar inflasi pada 2009 dijangka berada pada tahap tiga hingga empat peratus, jika harga minyak sedunia kekal dalam trend menurun sebagaimana sekarang.

Mengenai penstabilan harga kelapa sawit, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama rapat. Antara langkah yang diambil ialah mengurangkan bekalan sawit melalui program penanaman semula. Selain itu, usaha untuk mengeluarkan biodiesel daripada sawit, iaitu adunan lima peratus biobahan api sawit (metil ester) dengan diesel fosil, akan sentiasa dipertingkatkan bagi menambah permintaan terhadap sawit. Mulai bulan Februari 2009, biodiesel ini akan digunakan bermula dengan kenderaan-kenderaan Kerajaan, diikuti dengan sektor industri dan sektor pengangkutan. Pengadunan ini dianggarkan akan memerlukan sebanyak 500,000 tan minyak sawit setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2010.

Kerajaan memang memberi perhatian kepada pekebun kecil terutama yang terbabit dalam sektor pertanian. Bagi mengurangkan kos input pertanian terutamanya baja, Kerajaan bersetuju memansuhkan duti import sebanyak lima peratus yang dikenakan ke atas tujuh jenis baja. Ini adalah tambahan kepada penghapusan duti import ke atas satu jenis baja semasa pembentangan Bajet 2009. Dengan langkah ini, semua baja mineral yang diimport tidak lagi dikenakan duti. Di samping itu, dengan penurunan harga minyak mentah, pihak industri pengeluar baja tempatan telah bersetuju untuk membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan sekurang-kurangnya 15 peratus harga baja dengan serta merta.

Dalam usaha memperkukuhkan daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah tambahan dalam Bajet 2009. Penekanan akan diberi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi domestik bagi untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Dasar "export-led recovery", yang diamalkan semasa krisis kewangan 1997/98 dengan jayanya, tidak dapat dilaksanakan dalam suasana kini, memandangkan keadaan permintaan dan perdagangan antarabangsa semakin lembab.

Pembentangan Bajet 2009 yang lalu sememangnya sudah mengambil kira dan mengunjurkan senario global yang mencabar bagi tahun 2009. Namun, perubahan perkembangan ekonomi global yang tiba-tiba dan mendadak sejak akhir-akhir ini, memerlukan kita mengambil tindakan proaktif untuk optimal menangani kesan daripada krisis global masa kini. Keadaan yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa atau "extraordinary times, require extraordinary measures".

Kerajaan sedar bahawa langkah-langkah tambahan biasanya tidak diumumkan dalam ucapan penggulungan. Walaupun pengumuman langkah tambahan ini mungkin tindakan "unprecedented", ini perlu dalam suasana global yang semakin getir. Perlu ditekankan bahawa jumlah perbelanjaan yang dibentang pada Bajet 2009 masih tidak berubah. Segala perbelanjaan yang digunakan untuk langkah-langkah tambahan ini adalah hasil penjimatan dari subsidi minyak.

Pembangkang telah mencadangkan suatu bajet alternatif yang bersifat menguncup (contractionary) dengan potongan sebanyak RM24 bilion daripada jumlah Bajet 2009. Ini adalah suatu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada 1997 oleh Menteri Kewangan ketika itu. Sebaliknya, cadangan yang diumumkan ini adalah bersifat expansionary sebagai penjana pertumbuhan yang berganda sifatnya. Ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya boleh terus berkembang. Inilah perbezaan yang amat ketara antara cadangan bernas kerajaan dan cadangan hampas pihak pembangkang. Bajet 2009 perlu dilaksanakan sungguhpun ia mungkin tindakan unprecedented.

Kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal yang mengembang (expansionary). Untuk ini, Kerajaan akan menyemak semula projek-projek dengan tujuan untuk memberi keutamaan kepada projek yang boleh dilaksanakan segera serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi (high multiplier effect) dan kandungan import yang rendah. Ini akan dilaksanakan tanpa menjejaskan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun 2009 sebelum ini. Sebagai contoh, Kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, supaya penjimatan ini boleh digunakan untuk projek pembangunan lain.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin tentang kesejahteraan rakyat, maka penjimatan RM7 bilion daripada daripada subsidi minyak akan disalurkan akan digunakan seperti berikut:

Pertama:

# Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

# Dengan peruntukan tambahan ini, sebanyak 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000 unit rumah yang bernilai antara RM30,000 hingga RM35,000 sebuah untuk Semenanjung dan antara RM35,000 hingga RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak. Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100 rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.

# Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah yang dianggar membabitkan peruntukan RM40 juta. Pada 2009, Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang membabitkan pembaikan 5,000 rumah.

# Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Sejak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah RM35 juta.

# Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam.

Kedua:

# Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters dan kuarters tentera; iaitu RM250 juta untuk polis dan RM250 juta juga untuk tentera.

# Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

Ketiga:

# Sebanyak RM600 juta diperuntukkan bagi projek kecil; di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

# Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.

Keempat

# Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalan raya.

Kelima:

# RM500 juta akan diperuntukkan untuk membina, menaik taraf jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

# Sekali lagi, ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.

Keenam:

# Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, maka kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah, iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk "mission school", 50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.

Ketujuh:

# Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan organisasi lain yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan berkenaan adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".

# RM500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan menaik taraf pengangkutan awam.

Kelapan:

# Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar utama.

# Seperti dibentang YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk memperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan mewujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Semua usaha ini akan memberi manfaat kepada lebih satu juta pengguna.

# Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Kesembilan:

# RM1.5 bilion diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta.

# Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".

# Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan komponen kapal terbang.

# RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana bagi melaksanakan program latihan;

Kesepuluh:

# RM400 juta diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

# Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

# Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika kita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.

Kesebelas:

# Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta. Ini adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Keduabelas:

# Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta. Antara program terbabit ialah rakan muda sekolah, rakan muda sektoral yang membabitkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Ketigabelas:

# Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM200 juta. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Keempatbelas:

# Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kelima belas:

# Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, RM200 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur satu hingga enam tahun. Ini termasuk program seperti Permata Negara, Tadika Kemas, Tadika Perpaduan dan kelas prasekolah.

Penjimatan RM7 bilion yang diperoleh daripada subsidi ini akan diperuntukkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek yang disebutkan. Penjimatan ini adalah suatu rahmat untuk diagihkan kepada rakyat di samping dapat menjana pertumbuhan ekonomi. Usaha ini akan memberikan kesan positif antara lain dalam sektor pembinaan, perumahan, pengangkutan, pelaburan, latihan dan teknologi maklumat.

Kerajaan sedar bahawa di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kepantasan bertindak untuk melaksanakan semua program yang baru disebutkan tadi adalah amat kritikal. Oleh itu, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek (Project Management Unit - PMU) di bawah Kementerian Kewangan untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Unit ini akan melapor terus kepada Menteri Kewangan dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih.

Sebagai satu langkah baru untuk menjana pendapatan tambahan dan mencetuskan kegiatan ekonomi tempatan yang lebih rancak, Kerajaan akan mempercepatkan kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kemudahan awam, antaranya sekolah, hospital dan jalan raya. Ini membabitkan peruntukan tambahan RM1.2 bilion. Selain itu, sebanyak RM1.2 bilion juga diperuntukkan untuk kerja menaik taraf, membaik pulih dan penyelenggaraan balai polis serta kuarters tentera. Sebanyak RM600 juta lagi diperuntukkan bagi projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS).

Projek serta program mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam juga akan disegerakan. Sebagai langkah berterusan untuk menyediakan pengangkutan awam yang lebih luas dan efisyen, kerajaan akan membelanjakan RM35 bilion untuk melaksanakan projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan dalam tempoh 2009-2014. Di samping itu, peruntukan RM500 juta akan digunakan untuk penyenggaraan dan menaik taraf pengangkutan awam.

Di Lembah Klang, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) kini sedang menyediakan kajian kejuruteraan terperinci bagi penyambungan sistem LRT sedia ada sepanjang 30 km, iaitu Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang. Kedua-dua projek ini dijangka siap pada 2011 dan akan memanfaatkan lebih 500,000 bilangan penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong.

Bagi menangani kesesakan waktu puncak yang kini dialami di Aliran Kelana Jaya, 35 set tren sedang diperoleh dengan kos RM1.3 bilion. Tren set pertama dijangka diperoleh pada suku pertama 2009 dan semua tren set akan beroperasi sepenuhnya pada awal 2010. Dengan ini, kapasiti Aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua kali ganda, daripada 160,000 penumpang sehari pada masa ini kepada 350,000 penumpang.

Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang, satu laluan Koridor baru Kota Damansara-Cheras, sepanjang lebih kurang 42 kilometer (km) akan dibina dengan kapasiti melebihi 300,000 penumpang sehari. Prasarana sedang mengkaji laluan terperinci bagi koridor ini yang akan juga mengambil kira keperluan menangani kesesakan lalu lintas di lebuh raya LDP. Seramai setuju juta penduduk dijangka mendapat manfaat daripada koridor baru ini.

Kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana untuk memastikan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Untuk tujuan ini, peruntukan tambahan RM1 bilion akan disediakan. Dengan peruntukan tambahan ini, sebanyak 6.5 juta unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan di bina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 42,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Program Amal Jariah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program ini yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah. Berikutan seruan Kerajaan bagi sektor swasta menyumbang kepada program yang sama, Khazanah Nasional Berhad akan melaksanakan Program Sejahtera dan sebagai permulaan sebanyak 600 rumah telah dikenal pasti.

Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Sejak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah RM35 juta.

Kerajaan bercadang untuk memaksimumkan pulangan daripada semua aset yang sedia ada termasuk tanah-tanah yang belum dibangunkan lagi. Antara aset tersebut ialah tanah di lokasi strategik yang boleh dimajukan. Sehubungan dengan ini, kerajaan bercadang untuk menggunakan kaedah baru, iaitu dengan memanggil tender terbuka, yang membabitkan sektor swasta dan GLC bagi memajukan tanah tersebut. Kerajaan akan menentukan kriteria dan skop pelan pembangunan yang akan disertai dalam syarat syarat tawaran. Sekiranya konsep pembangunan ini dapat dilaksanakan, kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan besar, akan menggalakkan inisiatif untuk membangunkan aset Kerajaan melalui kaedah usaha sama dan Private Financing Initiative (PFI). Ini bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi serta memaksimumkan pulangan kepada Kerajaan daripada aset-aset yang sedia ada, terutamanya tanah terbiar. Aset Kerajaan yang sesuai seperti tanah akan ditenderkan kepada sektor swasta yang berdaya maju secara berperingkat. Kerajaan akan mengenal pasti Bagaimanapun, kerajaan akan menetapkan syarat-syarat yang tertentu bagi pembangunan tanah tersebut, termasuk penggunaan tanah agar selari dengan dasar dan agenda pembangunan setempat Kerajaan. Antara aset-aset, dalam bentuk tanah-tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan di bawah inisiatif kerajaan yang terbabit dalam inisiatif ini ini termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur, tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan tanah Kerajaan di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Satu unit khas Pejabat Pengurusan Program di bawah Kementerian Kewangan akan ditubuhkan untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

Untuk menggalakkan perbelanjaan penggunaan swasta, walaupun kita menghadapi kemelut ekonomi global, kerajaan akan tetap mampu untuk menyegerakan memperluaskan liputan Jaringan Keselamatan Sosial ke arah meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, usaha sedang dilaksanakan ke arah pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan berdasarkan tahap kelayakan baru yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2009 lalu. Syarat asas pemberian Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM720 untuk Semenanjung Malaysia, RM830 untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah, selaras dengan Pendapatan Garisan Kemiskinan. Dengan ini, bilangan isi rumah yang akan menerima bantuan akan meningkat daripada 55,000 kepada 110,000 orang. Kerajaan mensasarkan liputan penuh ini akan dicapai pada akhir tahun ini.

Pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus. Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja, kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak tiga peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009. Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus iaitu 12 peratus majikan dan 8 peratus pekerja. Seseorang yang berpendapatan RM2,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM60 sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan RM66,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM1,880 sebulan. Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terbabit untuk setahun adalah RM4.87 bilion setahun. Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta akan dijangka meningkat sebanyak RM2.4 bilion.

Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, kerajaan akan meningkatkan had kelayakan siling kadar pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:

# Bagi gred JUSA, had kelayakan siling dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000;

# Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan siling dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000 ; dan

# Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan siling dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan.

Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantu menambah pendapatan boleh guna peminjam. Sebagai contoh, seorang penjawat awam yang kini mempunyai pinjaman RM190,000 selama 25 tahun, dan telah pun menjelaskan pinjaman beliau selama 10 tahun, dengan melanjutkan tempoh pinjamannya, beliau dapat mengurangkan ansuran bulanannya daripada RM1,000 sebulan kepada RM820 sebulan ataupun lebihan pendapatan boleh guna sebanyak RM180 sebulan. Pihak kerajaan, melalui Bank Negara juga akan menyaran dan menggesa pihak bank mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam-peminjam yang memerlukan.

Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantu menambah pendapatan boleh guna peminjam mulai 2008.

Untuk menggalakkan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik, maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memberi kebenaran untuk pasar raya besar (kemudahan pengguna, kompleks beli-belah hyper markets) serta hyper markets akan dibenarkan untuk melanjutkan masa perniagaan sehingga jam 12 malam pada hari biasa. Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga jam 1 pagi. Untuk pasar raya di pusat membeli belah, premis ini boleh dibuka sepanjang masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan. Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleks membeli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang yang telah dimulakan baru-baru ini.

Untuk menggalakkan perbelanjaan pelaburan swasta, kerajaan akan menubuhkan Dana Pelaburan sebanyak RM2 bilion untuk menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju, terutama di Lembah Klang dan Koridor Pertumbuhan. Tumpuan akan diberi kepada sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan dan pembuatan bernilai tambah tinggi, yang mana Malaysia mempunyai potensi dan daya saing yang tinggi. Ini termasuk subsektor perbankan Islam, pelancongan, kesihatan, pendidikan dan juga 'business process outsourcing'. Selain itu, subsektor elektronik dan bioteknologi juga akan diberi tumpuan.

Sasaran utama dari segi pelabur asing adalah daripada negara yang masih mempunyai tahap pertumbuhan ekonomi dan kecairan modal yang tinggi seperti China, India dan Timur Tengah. Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini, kerajaan telahpun berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta projek bernilai tambah tinggi dalam sektor pembuatan bernilai tambah tinggi, seperti pengeluaran panel solar panel dan komponen kapal terbang.

Kerajaan juga komited kepada usaha meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan Asean (AFAS), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Di bawah AFAS, semua sektor perkhidmatan akan dibuka sehingga 70 peratus pegangan asing pada 2015. Antara sektor yang akan dibuka termasuklah sektor logistik, aktiviti tertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor pengajian tinggi. Kerajaan akan membuat pengumuman terperinci setelah mendapat kelulusan Kabinet berasaskan cadangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam hal ini, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan dan modal insan. Kapasiti sektor perkhidmatan akan ditingkatkan melalui program latihan pekerja tempatan serta memudahkan pengaliran masuk pekerja mahir dan profesional asing.

Pelancongan kesihatan dan pendidikan adalah subsektor yang berpotensi besar dalam sektor perkhidmatan. Untuk terus merangsang dalam subsektor tersebut, kerajaan akan menyediakan garis panduan untuk memudah cara pengambilan profesional dan pelatih asing, memudahkan pengiktirafan kelayakan asing, memudah cara proses visa bagi pesakit dan keluarga serta menyelaras syarat-syarat berkaitan dengan penubuhan dan operasi hospital dan pusat latihan kesihatan. Pendekatan yang serupa akan diambil bagi subsektor pelancongan pendidikan, termasuk penubuhan sekolah swasta antarabangsa, dengan tumpuan diberi kepada koridor pertumbuhan seperti Iskandar Malaysia.

Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil:

Pertama:

# Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan. Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif dalam industri bekalan bahan binaan negara;

Kedua:

# Membenarkan syarikat multinasional menambah seorang lagi ekspatriat untuk membantu syarikat tersebut meningkatkan tahap kepakaran dan nilai tambah;

# Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersial bernilai RM500,000 atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor hartanah negara;

# Bagi memangkin aktiviti perniagaan dan pemasaran hartanah, program Malaysia My Second Home (MM2H) akan diliberalisasikan untuk membolehkan para peserta MM2H menjalankan perniagaan, dengan syarat mereka membeli hartanah perumahan bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta atau mempunyai deposit tetap bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta. Selain itu, para peserta MM2H akan diberi kebenaran untuk bekerja di dalam bidang khusus dan berteraskan pengetahuan; dan

Ketiga:

# Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge worker), permit kerja, yang pada masa ini hanya diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung kepada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan masing-masing.

Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan akan membawa kepada penjanaan peluang pekerjaan yang lebih lembab dan juga pengangguran. Oleh itu, dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut:

Pertama:

# Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan "Graduate Employability Management Scheme" (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin program ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat. Program-program latihan di bawah seliaan Petronas dan CIDB akan diperluaskan dan kembangkan untuk menambah bilangan pelatih. Ini adalah penting untuk meningkatkan kepakaran dan membina keupayaan dalam sektor pembinaan dan petroleum khususnya;

# Menyediakan dana untuk melaksanakan program latihan awalan bagi mengisi kekosongan dan keperluan pekerjaan, terutamanya di inisiatif-inisiatif utama Koridor Pembangunan. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan dana RM300 juta. Kementerian Kewangan akan menguruskan dana ini dan menyelaraskan agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan itu adalah subsektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan business process outsourcing; Menggalakkan pengambilan warga negara Malaysia dari golongan profesional dan pekerja berkemahiran yang telah diberhentikan kerja di luar negara berikutan kesan krisis kewangan global. Ini termasuk pegawai bank saudagar, penasihat pelaburan, pengurus dana dan lain-lain yang berkaitan. Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan menyelaraskan inisiatif ini;

Kedua:

# Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah RMK-9. Dengan langkah ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana dilaporkan dalam media.

Susulan suasana ekonomi yang mencabar;

Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit. Dana tambahan ini akan diselaraskan dan diagihkan melalui saluran sedia ada. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan dana modal pusingan RM100 juta untuk Program Kewangan Mikro Bandar. Program ini diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan program yang sama bagi kawasan luar bandar. Sejak dilancarkan awal tahun ini, Program Kewangan Mikro Bandar sehingga kini telah mengeluarkan pembiayaan melebihi setengah juta ringgit kepada hampir 200 peminjam.

Untuk merangsang aktiviti pasaran modal, baru-baru ini, saya telah mengumumkan penambahan dana Valuecap sebanyak RM5 bilion untuk pembelian ekuiti syarikat-syarikat yang mempunyai asas yang kukuh tetapi nilai pasaran mereka kini terjejas berikutan kesan pergolakan pasaran ekuiti global. Dana tambahan ini akan diperoleh melalui pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dijamin kerajaan. Pulangan yang akan diperoleh KWSP adalah lebih kurang pulangan yang diperoleh sekuriti kerajaan. Oleh itu, pinjaman ini bukan saja menjamin pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit institusi perbankan, tetapi juga pelaburan yang mempunyai risiko yang paling minimum kepada KWSP.

Pemegang ekuiti Valuecap, iaitu Khazanah Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), adalah agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti negara. Valuecap ditubuhkan pada 2003 dengan dana RM5 bilion semasa pasaran ekuiti negara mengalami kegawatan. Sebagai pelabur jangka panjang, Valuecap melabur dalam syarikat-syarikat blue chips di sektor-sektor utama seperti kewangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan, hartanah, industri, tenaga, dan komunikasi. Valuecap mempunyai mandat untuk melabur dalam mana-mana syarikat dan bukan saja dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Langkah yang serupa juga telah dilaksanakan di beberapa negara, seperti Tracker Fund of Hong Kong semasa krisis kewangan tahun 1998 dan baru-baru ini, oleh Qatar Investment Authority dan juga sebuah dana pencen terbesar di Korea.

Untuk melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat "value for money", kerajaan akan memastikan bahawa sebahagian besar perolehan kerajaan akan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad. Perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak Bumiputera juga akan ditenderkan melalui "competitive bidding" di kalangan syarikat-syarikat Bumiputera. Hasrat kerajaan ialah supaya kontraktor-kontraktor Bumiputera dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan lagi daya tahan mereka. Bagaimanapun, kerajaan masih ada budi bicara untuk menimbangkan rundingan terus atas pertimbangan tertentu. Pengecualian daripada dasar ini akan hanya dibuat di dalam keadaan tertentu saja.

Langkah-langkah yang diumumkan ini, Insya-Allah, akan dapat menangani impak daripada suasana global yang mencabar. Dengan sokongan dan gandingan kesemua pihak termasuk sektor swasta dalam menangani krisis kewangan global dan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. Saya juga yakin dalam persekitaran yang mencabar ini, kesejahteraan rakyat akan terus dapat dijamin manakala pembangunan negara akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tuan Yang Dipertua,

Dengan penjelasan mengenai senario ekonomi global dan domestik serta langkah-langkah tambahan Bajet 2009 di atas, saya berpendapat beberapa isu utama berhubung Bajet 2009 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang Permatang Pauh dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah dijawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab isu-isu lain yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli di Dewan yang mulia ini.

PENGURUSAN MAKROEKONOMI

Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Ahli Yang Berhormat Batu Pahat meminta Kerajaan menyediakan pelan yang lebih rapi dan melaksanakan pendekatan baru untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI), khususnya daripada pelabur Timur Tengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia. Ini termasuk langkah mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan melalui penambahbaikan proses dan mekanisme, menyediakan program perancangan dan pembiayaan perniagaan bersepadu bagi merangsang pelaburan industri serta mengkaji semula perundangan dan peraturan berkaitan pelaburan yang menghalang pembangunan industri. Langkah-langkah ini telah menunjukkan kejayaan di mana FDI bagi tempoh Januari hingga Ogos-Julai 2008 adalah RM362.85 bilion, berbanding jumlah FDI keseluruhan 2007 iaitu RM33.4 bilion.

Langkah baru untuk menubuhkan Dana Pelaburan yang diumumkan tadi akan dilaksanakan segera bagi menyokong usaha menarik FDI yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan akan menyokong inisiatif peneraju Koridor Pembangunan untuk membuat misi pelaburan ke luar negara, terutamanya India, China dan Timur Tengah dalam usaha untuk menarik pelaburan yang tinggi dan mapan.

Pelaburan Dalam Sektor Teknologi Tinggi

Ahli Yang Berhormat Batu Pahat dan Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor meminta kerajaan memberi penekanan terhadap pelaburan dalam sektor selain daripada yang berintensifkan buruh (labour intensive), khususnya kepada sektor berasaskan teknologi tinggi. Untuk makluman, kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada pelaburan yang berasaskan pengetahuan (knowledge-intensive) dan teknologi terkini berbanding berasaskan buruh. Ini dapat dilihat daripada inisiatif-inisiatif Kerajaan dengan pembangunan koridor pertumbuhan wilayah, termasuk Iskandar Malaysia yang memberi penekanan kepada sektor perkhidmatan, yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Kerajaan sedang giat memajukan industri yang berpotensi, seperti kewangan Islam, pelancongan, pendidikan dan logistik yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Pada masa yang sama, bagi sektor yang berintensifkan buruh seperti pembinaan dan pertanian, kerajaan juga telah mengambil langkah seperti menggalakkan penggunaan automasi dan jentera di ladang-ladang dan penggunaan sistem industrialised building system (IBS) dalam sektor pembinaan yang seterusnya mengurangkan pergantungan terhadap buruh asing. Dalam hal ini, kerajaan akan memastikan bahawa kandungan IBS dalam semua projek, kerajaan telah menetapkan untuk menguatkuasakan penggunaan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS dalam semua projek kerajaan.

DASAR PERCUKAIAN DAN SUBSIDI

Ahli Yang Berhormat Bagan membuat saranan supaya mengurangkan cukai syarikat secara progresif daripada 25 peratus kepada 17 peratus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar cukai korporat telah diturunkan dari 28 peratus pada tahun taksiran 2006 kepada 25 peratus pada tahun taksiran 2009. Cukai korporat di Malaysia adalah kompetitif berbanding di negara-negara lain. Sebagai contoh, kadar cukai korporat di India, Indonesia, United Kingdom, Jepun dan Australia adalah 30 peratus.

Ahli Yang Berhormat Bagan juga menyentuh perubahan harga petrol secara harian dibuat selaras dengan perubahan harga pasaran harian minyak mentah dunia. Berkenaan dengan cadangan perubahan harga secara harian, ia hanya boleh dilaksanakan pada keadaan di mana harga minyak runcit di stesen minyak diapungkan sepenuhnya. Ini kerana di dalam keadaan semasa di mana kerajaan masih mengawal harga minyak runcit di stesen minyak serta memberikan subsidi, penetapan harga minyak secara harian adalah tidak efisyen dan menimbulkan banyak masalah pentadbiran., terutama dari aspek peningkatan kos menjalankan perniagaan dan masalah pelaksanaan kepada Kerajaan, syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak.

KEWANGAN DAN PERBANKAN

PENGURUSAN KONTRAK DAN PEROLEHAN KERAJAAN

Pembelian Ekuiti Bank Internasional Indonesia (BII)

Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh meminta penjelasan terhadap pembelian 35 peratus saham BII oleh Maybank. Pembelian ini didakwa pada Book Value 4.2 ganda yang tinggi dan ingin mengetahui pihak mana yang terbabit dalam membuat keputusan ini, selain Menteri Kewangan. Suka saya memperjelaskan di sini, dakwaan bahawa keputusan pembelian berkenaan membabitkan Menteri Kewangan adalah tidak benar. Ini adalah suatu transaksi komersil dan keputusan hala tuju bank serta pelaburannya ditentukan oleh Lembaga Pengarah Maybank dan pemegang saham bank berkenaan. Selaras dengan urus tadbir korporat yang telus, lembaga pengarah adalah bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Penjelasan yang sama juga terpakai bagi pembelian 20 peratus saham dalam MCB Bank di Pakistan oleh Maybank.

Sistem Perbankan Islam

Ahli Yang Berhormat Pontian meminta Kerajaan terus mengeksport kepakaran dalam sistem perbankan Islam, khususnya ke negara-negara Timur Tengah dan mencadangkan tindakan lebih agresif diambil bagi memperkenalkan perbankan Islam ke luar negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya memandang serius usaha untuk menghasilkan modal insan atau sumber manusia berkepakaran tinggi dalam kewangan Islam, terutama golongan profesional kewangan Islam yang mahir dalam syariah serta berpengetahuan dengan amalan terkini industri.

Menjelang 2010, diunjurkan kira-kira 11,600 kakitangan terlatih dan profesional dalam kewangan Islam diperlukan dan jumlah itu meliputi 31 peratus daripada jumlah keseluruhan profesional terlatih dalam sektor perbankan di negara ini. Kerajaan berkeyakinan unjuran permintaan di atas dapat dipenuhi dengan adanya strategi menyeluruh yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Bantuan pinjaman rumah

Ahli Yang Berhormat Pulai menyarankan supaya Bajet 2009 mengambil kira bantuan kepada pembeli rumah serta membuat kawalan mengenai kadar inflasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk membantu meringankan beban peminjam pembeli rumah. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

Pertama:

i. merangkumkan kos awal seperti fi guaman sebagai sebahagian dari pinjaman. Dalam kes-kes tertentu, institusi perbankan boleh menanggung kos fi guaman dan duti setem bagi pihak pembeli;

Kedua:

ii. menawarkan produk-produk yang mengenakan kadar pinjaman faedah yang amat kompetitif serta menyediakan skim pinjaman bersama (2 Generasi); dan

Ketiga:

iii. institusi perbankan bersedia mengadakan rundingan awal dengan peminjam sebelum mereka menghadapi masalah bayaran balik. Institusi perbankan juga bersedia menstrukturkan semula pinjaman dengan melanjutkan tempoh pinjaman kepada mereka yang benar-benar menghadapi masalah bayaran balik.

Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dan Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan mengenai pemberian tender Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada Telekom Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi dan perniagaan, dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Selain itu, pelaksanaan projek ini akan memangkin lebih banyak lagi pelaburan swasta. Bagi 2009, sebanyak RM700 juta peruntukan tambahan akan disediakan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini.

Kerajaan telah bersetuju supaya projek infrastruktur perkhidmatan telekomunikasi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed Broadband (HSBB) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaksanakan secara tender bagi memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berkelayakan, termasuk kontraktor Bumiputera.

Antara justifikasi mengapa TM dipertimbangkan untuk melaksanakan projek HSBB adalah seperti berikut:

i. Sebahagian besar infrastruktur tetap yang sedia ada (95 peratus) adalah milik TM. Pasaran jalur lebar masa ini adalah berdasarkan teknologi Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) yang menggunakan teknologi copper di mana TM adalah syarikat telekomunikasi utama yang menguasai 95 peratus core network. Dasar pelantikan TM adalah bagi memastikan perluasan infrastruktur HSBB dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kerana adalah mudah bagi TM untuk menaik taraf rangkaian sedia ada milik TM kepada teknologi Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL2) yang mampu memberikan kelajuan minimum 10 Mbps dengan kos yang lebih rendah;

ii. Kos penyediaan prasarana fiber adalah agak tinggi di mana pemberi perkhidmatan lain hanya boleh menyediakan rangkaian berkenaan di kawasan golden triangle saja, iaitu di kawasan yang sesuai saja. Bagaimanapun, pelaksanaan projek HSBB ini memerlukan perluasan infrastruktur HSBB di kawasan yang terpilih atau ditentukan kerajaan;

iii. Pemilikan lebih daripada 90 peratus broadband market share oleh TM dapat menjamin take-up ke atas perkhidmatan dan kejayaan projek HSBB. Ini dapat memastikan sasaran untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah; dan

iv. Kedudukan kewangan TM telah dikenal pasti kukuh untuk membuat pelaburan ke atas projek HSBB.

Perolehan Helikopter Daripada Eurocopter France

Yang Berhormat Permatang Pauh dan Ipoh Timur membangkitkan beberapa perkara mengenai perolehan 12 unit helikopter daripada Eurocopter France untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan helikopter Nuri.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, perolehan pesawat ini dilaksanakan secara Tender Antarabangsa yang penilaian teliti telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Harga dan diperakukan oleh Lembaga Perolehan Kementah sebelum dimajukan kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Penilaian tender dibuat berdasarkan dokumen tender yang telah dikemukakan oleh petender-petender dan ia dinilai berdasarkan pematuhan tawaran petender kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam dokumen tender. Syarikat yang dipilih adalah bukannya menawarkan harga yang tertinggi sebaliknya harga yang ditawarkan adalah memenuhi spesifikasi (Best Value For Money). Untuk makluman, tawaran syarikat Kelowna Flightcraft Limited (Canada) yang menawarkan harga terendah iaitu RM1.051 bilion tidak disokong kerana pesawat yang dibekalkan gagal dalam penilaian spesifikasi teknikal yang telah dibuat oleh KEMENTAH. Harga yang memenuhi spesifikasi dan dipersetujui oleh kerajaan adalah RM1.605 bilion iaitu masih rendah berbanding dengan tawaran harga tertinggi RM2.713 bilion. Tawaran harga yang dipersetujui adalah kompetitif kerana ia bukannya saja membabitkan kos pembekalan 12 helikopter (EC 725), malah merangkumi pembekalan alat ganti, Tools, Test Equipment, Publications, Documentations, Supplementary Articles (peralatan dukungan bagi penugasan khusus/ketenteraan), penyelenggaraan, Technical Support Services, latihan dan program offset yang ditawarkan. Tambahan lagi, jenis dan spesifikasi pesawat yang dibekalkan kepada kerajaan India adalah berbeza dengan pesawat yang ditawarkan kepada Malaysia. Harga yang dipersetujui oleh Kerajaan masih boleh dirundingkan ke paras terendah. Kerajaan tiada maklumat mengenai isu komisen kerana penilaian tender dibuat berdasarkan pematuhan petender kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam dokumen tender. Saya ingin memperjelaskan di sini, bahawa pengeluaran Surat Niat (LOI) bertarikh 15 September 2008 adalah selaras dengan peraturan perolehan semasa yang berkaitan dengan keperluan supaya LOA dikeluarkan secepat mungkin mengikut SPP 5/2007.

Masalah Kontraktor di Sabah

Ahli Yang Berhormat Kalabakan menyentuh Kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sabah yang menghadapi masalah disebabkan peningkatan harga bahan-bahan binaan yang tinggi. Didapati bahawa tiada peruntukan khas di dalam Belanjawan 2009 bagi mengatasi masalah ini. Apakah tindakan Kerajaan dalam menangani masalah ini bagi membantu kontraktor di Sabah terus menyiapkan projek kerajaan yang belum siap.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, berikutan kenaikan harga bahan binaan dan harga bahan api yang ditanggung oleh pihak kontraktor dalam melaksanakan projek kerajaan, khususnya projek di bawah RMK-9, kerajaan bersetuju untuk mengkaji syarat perubahan harga bagi memastikan projek Kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan.

Untuk tujuan itu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan bertarikh 6 Ogos 2008 mengenai syarat dan kaedah pengiraan perubahan harga yang baru. Peraturan baru ini membolehkan syarat perubahan harga khas diberikan kepada projek reka dan bina, di samping menambah bilangan bahan binaan bagi tujuan pengiraan perubahan harga. Pelaksanaan perubahan harga ini turut diberikan kepada kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal, yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang peruntukkan perubahan harga bagi kerja berkenaan.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan kemudahan khas kepada kontraktor seperti berikut:

Pertama:

(i) lanjutan masa sehingga tiga (3) bulan bagi projek yang masih dalam pembinaan; dan

Kedua:

(ii) bayaran kemajuan interim dibuat dua (2) kali sebulan mengikut nilai kerja sebenar bagi membantu aliran tunai kontraktor.

Kerajaan yakin bahawa pelaksanaan syarat perubahan harga ini serta kemudahan khas yang diberi dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh kontraktor di samping memastikan pelaksanaan projek RMK-9 dapat disiapkan.

PENUTUP

Tuan Yang DiPertua,

Selama lebih lima jam Ketua Pembangkang telah berhujah tentang Bajet 2009. Ia adalah sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh diguna pakai ternyata meleset. Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, mirage, impian yang tidak menjadi kenyataan.

Yang pasti, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara kita. Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini. Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional.

Dalam menghadapi masa depan persekitaran yang mencabar ini, saya menyeru kepada semua rakyat warga Malaysia, baik di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis ini ditangani dengan jayanya. Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lalu, di mana kita berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat.

Semua pihak mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara kita terus membangun dengan maju, tidak kira sektor awam, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun parti politik. Saya yakin, gandingan dan usaha sama yang jitu akan membolehkan kita berjaya menangani cabaran yang kita sedang hadapi ini, Insya-Allah.

Sebesar mana dan setinggi mana pun rempuhan badai kemelesetan ekonomi dunia, akan kita hadapi dengan persiapan rapi. Benteng pertahanan kita wajar semakin tegap dengan sokongan akrab dan dokongan mantap dari semua pihak. Marilah kita menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi negara melalui Bajet 2009 ini. Hasrat murni kita ini dilandasi dengan penuh sifat berhemah dan bijaksana demi mengutamakan kepentingan negara tercinta dan membela rakyat jelata. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian Kementerian Kewangan.

Harga Minyak Jatuh Lagi???

Harga minyak mentah dunia jatuh ke paras terendah sejak Mac 2007 kepada AS$59.97 (RM212.29) setong sebelum ditutup tinggi meningkat melepasi paras AS$60 berikutan kebimbangan permintaan yang rendah disebabkan krisis ekonomi.

Menurut laporan agensi berita AFP, kontrak utama New York, minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Disember naik AS$0.29 (RM1.02) kepada AS$61.06 (RM216.15) meningkat daripada penutup dagangan di Amerika Syarikat (AS) pada paras AS$60.77 (RM215.12) setong semalam.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Disember naik AS$0.08 (RM0.28) kepada AS$57.51 (RM203.58) berbanding AS$57.43 (RM203.30) pada penutup dagangan semalam.

Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global kembali meningkat selepas Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, ekonomi negara-negara maju akan menyusut sebanyak 0.3 peratus pada 2009 buat pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua.

Sebelum ini IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi adalah sebanyak 0.5 peratus.

Harga minyak telah jatuh daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM520.38) setong pada Julai lalu berikutan kebimbangan pertumbuhan global yang lembap terutama di AS akan menyebabkan penurunan permintaan terhadap tenaga. AS merupakan pengguna terbesar tenaga.

''Isu yang besar kepada para pelabur adalah keadaan semasa ekonomi global.

''Seluruh dunia tidak akan terlepas daripada masalah ini,'' kata Penganalisis State Street Global Markets, penyelidik pelaburan dan perdagangan AS.

Khamis lalu, Bank Pusat Eropah dan Bank of England merupakan antara bank pusat terbaru yang menurunkan kadar faedah dalam usaha memulihkan ekonomi mengikuti jejak yang sama dilakukan oleh bank-bank pusat di Asia dan Rizab Persekutuan AS.

Penganalisis berkata, penurunan kadar faedah secara mendadak oleh Bank of England menunjukkan keadaan semasa adalah lebih buruk berbanding anggapan sebelum ini.

''Kebimbangan sekarang adalah situasi ini akan menjadi lebih buruk daripada sangkaan awal,'' kata Pakar Strategi Pasaran di City Index, Joshua Raymond .

Ekonomi Britain berada di ambang kemelesetan selepas menyusut buat pertama kalinya sejak 1990 pada suku ketiga.

Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa pada Rabu lalu berkata, harga minyak dijangkakan akan mengalami pantulan melebihi paras AS$100 (RM354) dan seterusnya mencecah harga AS$200 (RM708) pada 2030.

Wednesday

Harapan Dunia kepada Obama



Tahniah Dan Syabas !!!!!!!
Seluruh dunia meraikan kejayaan anda, Obama, jangan persiakan harapan yang diberikan ini kepada anda.

Jadilah pemimpin yang berjasa kepada rakyat,
jangan jadi pemimpin yang buat rakyat terseksa,

Tuesday

Inikah bahayanya jd Blogger



Apa pendapat blogger dgn tanda ini?
adakah ini akan menghantui para blogger untuk berkongsi sesuatu yang terbuku.
Saya rasa wahai blogger semua, jgn takut dan goyang sesungguhnya Allah bersama orang yang berada di jalan benar.

Sunday

Datuk Seri Najib @ DSAI sape plg berpengaruh






KUALA LUMPUR 2 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini.

Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan.

Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang.

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. - Utusan


Adakah beliau dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kpd UMNO?
@
UMNO akan berkubur?
@
ekonomi negra akan berkembang dgm maju
@
hanya dapat mengalahkan perkembangan burma shj?

Kalau beliau gagal maka, UMNO akan berkubur & DSAI akan meneruskan agenda yg dibawa olehnya utk memperkembangkan Malaysia..

REFOMARSI.....REFORMASI.....REFOMARSI
Hapuskan ISA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa