Saturday

Selamat Menduduki Peperiksaan




Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENGULANGKAJI DAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN kepada seluruh warga IPTA/IPTs. Buat yang terbaik kerana anda penentu Masa depan Negara.

"REMAJA HARI INI PENENTU MASA DEPAN NEGARA"

DEEPAVALI NAN VALTHUKAL





Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Hindu.

Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang bakal diraikan pada hari Isnin ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.

Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukhal!



PENULIS

Seruan Suci (Azan)



"MARILAH mendirikan solat, marilah menuju kejayaan!" Itu antara maksud lafaz azan yang bergema setiap kali masuk waktu solat, menyeru umat Islam bersegera melaksanakan perintah Allah.

Azan adalah satu syiar Islam yang mengingatkan Muslim mengenai waktu solat yang lima, sekali gus memberikan isyarat supaya meninggalkan seketika segala urusan dunia untuk sama-sama menuju kepada rahmat dan kasih sayang Allah.


Satu hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: "Apabila tiba waktu solat hendaklah seorang daripada kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Panggilan suci itu adalah bersifat universal kerana lafaznya sama walaupun di dalam komuniti berbilang bangsa dan berbeza generasi dari dulu hingga kini, malah dengan pengertian yang sangat sempurna lagi menyeluruh, menjadikannya suatu simbol perpaduan umat Islam sejagat.

Secara harfiah, azan membawa maksud pemberitahuan ('al-i'lam) atau seruan (an-nida'. Al-Quran, sunnah dan ijmak menyatakan, laungan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar.

Ia dihukumkan sebagai sunat muakkad ketika hendak mendirikan solat dan fardu kifayah bagi satu-satu kumpulan orang Islam.

Bagi muazzin, iaitu orang yang melaungkan azan ketika melafazkan "hayya `alassolah", hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca "hayya `alal falah" menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.

Disunatkan juga melakukan tarji' ketika mengumandangkan azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.

Malah, sunat muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua-dua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara.

Ketika mengumandangkan azan, muazzin tidak boleh bercakap. Setiap lafaz azan dilaungkan sebanyak dua kali kecuali lafaz takbir yang awal disebut empat kali dan lafaz kalimah tauhid di akhirnya sekali sahaja.

Azan harus dilafazkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam, berakal, dilafazkan dalam bahasa Arab dan dilaungkan ketika masuknya waktu solat.

Ia juga harus diseru oleh muazzin yang suci daripada hadas besar, hadas kecil dan najis, dengan mengadap ke arah kiblat dan suara yang nyaring ketika melaungkannya.

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah di Madinah al-Munawarrah. Perkara ini diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r. a:

"Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat cara memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan dibunyikan loceng. Semua usul itu ditolak Rasulullah s.a.w.

Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: "Telah datang waktu solat". Usul ini diterima Rasulullah s.a.w tetapi baginda menukar lafaz itu dengan lafaz "assolatu jami`ah" yang bererti "marilah solat berjemaah."

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik memberitahu solat dengan mengumandangkan Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)".

Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda: "Mimpimu itu mimpi yang benar". Nabi s.a.w memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan terbabit. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid."

Inilah buat kali pertama azan dilaungkan dengan kalimah yang mempunyai gaya tersendiri lagi unggul, tanpa sebarang unsur peniruan, malah laungan kalimah suci ini lebih bermakna berbanding yang lain.

Lafaz azan mengandungi makna kesatuan yang merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga aspek terbabit saling melengkapi dan sangat penting, kerana jika tiada satu daripada tiga aspek itu menjadikan seseorang Muslim tidak sempurna.

Akidah seseorang Muslim ialah tauhid, iaitu mengimani Allah, satu-satunya yang disembah. Tauhid ini terangkum dalam lafaz azan dan ini jelas memberitahu yang Allah Maha Besar, tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh-Nya.

Lafaz itu juga menjadi kalimah syahadah bagi mereka yang mahu memeluk Islam dan ia adalah slogan utama yang wajib dipegang dari awal hingga akhir hayat.

Bagi mereka yang memerhatikan dengan teliti pengertian kalimah azan, dengan sendiri akan menjadi orang yang bersemangat, cergas dan rajin kerana kalimahnya menerangkan erti suatu kebesaran Ilahi dan sebuah kehidupan insani, yang bertanggungjawab memelihara amanah terhadap dunia dan akhiratnya.

Justeru, terdapat sesetengah golongan yang bersih hatinya akan bersegera mendirikan solat apabila azan dikumandangkan, kerana mengetahui urusan Allah lebih utama, berbanding urusan duniawi sesama manusia.

Mengimani Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah memberi pengertian baginda adalah utusan yang dihantar Allah untuk memimpin dan memberi pertunjuk kepada seisi alam, sekali gus menuntut kepatuhan kepada syariat yang diajarkannya.

Azan mempunyai keunikan kerana gema keagungannya mampu menyentap fitrah manusia yang leka dan lalai daripada mengingati Allah, malah membuatkan seseorang itu terdiam seketika kerana menghormatinya.

Di sesetengah negara seperti di Malaysia, rakaman azan turut disiarkan melalui radio dan televisyen bagi memberikan makluman kepada Muslimin, sesuai dengan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi yang sewajarnya dijulang semua pihak.

Kemuliaan azan dapat dilihat melalui anjuran Nabi s.a.w terhadap umatnya, malah diceritakan dalam satu hadis diriwayatkan al-Bazzar, bermaksud:

"Rasulullah s.a.w pada malam Israk diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s, Allah s.w.t menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

Disebabkan kemuliaan azan, orang yang mendengarnya hendaklah menghormatinya, dengan diam seketika bagi memberikan laluan azan dikumandangkan, di samping menyahut seruannya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz "hayya `alassolah" dan "hayya `alal falah" disahut dengan 'la haula wala quwwata illa billah' yang bermaksud 'tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah.'

Pada azan Subuh, iaitu setiap kali dilaungkan 'assolatu khairun minannaum' (solat lebih baik daripada tidur) dijawab orang yang mendengar dengan 'sodaqta wa barirta' , maksudnya engkau benar dan engkau berbuat baik."

Selesai azan, umat Islam dianjurkan berdoa, seperti: "Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan. Berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau janjikan untuknya."

Azan tidak hanya dilafazkan bagi tujuan solat fardu, malah ia juga disunatkan saat kelahiran bayi, mencontohi tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang mengazankan Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.

Ia juga dapat dimanfaatkan sebagai isyarat untuk memaklumkan sebarang kejadian besar, seperti kebakaran dan waktu perang dan ketika pengebumian jenazah dan bagi memulakan perjalanan (musafir).

"Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): Apabila dilaungkan azan untuk solat, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamat untuk solat diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamat itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mewas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersolat." (Riwayat Imam Bukhari)

Azan juga boleh diamalkan untuk mengubati orang yang dalam kerasukan serta menghindari mereka daripada kejahatan jin dan syaitan, bahkan sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau haiwan dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan.

Masakan Minang





RESTORAN Pak Datuk yang menyajikan masakan asli Minang adalah satu nama gah di beberapa daerah di Sumatera, Indonesia seperti Dumai, Batam dan Padang Panjang lantaran keenakan hidangannya.

Kini penduduk negara ini, khasnya warga Melaka, boleh dianggap beruntung kerana tidak perlu bersusah payah ke negara seberang untuk menikmati keenakan makanan minang Restoran Pak Datuk apabila cawangannya dibuka di Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, Melaka, baru-baru ini.


Pengurusnya, Suriyani Reke Dt Mudo, 30, berkata Restoran Pak Datuk diwarisi turun temurun sejak 1978 dan cawangannya di Melaka adalah yang pertama dibuka di luar Indonesia.


Menurutnya, Melaka menjadi pilihan kerana faktor geografi negeri itu yang hampir dengan Dumai, selain menyedari citarasa masyarakat Malaysia yang gemar menikmati masakan asli Minang.

“Saya gembira kerana dapat merealisasikan cita-cita bapa yang berhajat membuka kedai di Malaysia dan Melaka ada kelebihan kerana negeri ini sering jadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata, semua hidangan di Restoran Pak Datuk di Taman Melaka Raya menggunakan resipi asli dengan bahan mentah dan rempah ratus dibawa khas dari Dumai.

“Inilah jaminan saya, pelanggan Malaysia yang menggemari makanan Minang akan menikmati masakan yang 100 peratus sama dengan restoran kami di Sumatera,” katanya.

Suriyani berkata, antara menu istimewa ialah masak rendang dan gulai ayam kampung, daging dendeng, ikan keli bakar, soto padang, pempek, ayam goreng bumbu dan pepes ikan.

“Pelanggan juga disajikan menu ikan danau iaitu sejenis ikan air tawar bersaiz kecil seperti ikan bilis yang hanya ditemui di sebuah tasik di Dumai. Ikan ini digoreng garing dan rangup dan enak dimakan bersama nasi dan gulai ayam,” katanya.

Ruang dalam restoran cukup selesa untuk pelanggan menjamu hidangan, sama ada secara berkumpulan atau individu, dan mereka boleh memilih ruang terbuka atau berhawa dingin.

Suriyani berkata, untuk memastikan kelancaran operasi restorannya, dia dibantu 10 pekerja, masing-masing lima pekerja tempatan dan Indonesia, termasuk pelayan dan tukang masak.

Katanya, dia sendiri menyediakan bahan dan ramuan setiap masakan bagi menjamin keasliannya sebelum dimasak pekerja.

“Saya belajar memasak dengan ibu sejak berusia 15 tahun dan pada 2005, saya mula buka restoran sendiri bersama suami di Duri, Dumai.

“Saya ada 10 beradik, lapan perempuan dan dua lelaki. Semua adik beradik perempuan dalam keluarga saya mahir memasak,” katanya

Tahukah Anda Rumah Limas Johor?



PELBAGAI nostalgia silam wujud dalam diri setiap pengunjung yang menjejakkan kaki ke Rumah Limas Johor di Teluk Danga, Johor Bahru, kerana kediaman tradisional itu menyingkap kekayaan seni bina serta warisan budaya kaum Melayu di negeri berkenaan.

Pasti kunjungan ke kawasan pelancongan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar raya itu tidak lengkap jika tidak meluangkan masa berkunjung ke rumah kayu berkenaan yang menonjolkan ciri-ciri lapan daerah iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Kluang.


Perkataan 'limas' sebenarnya merujuk kepada bentuk bumbung kediaman, di mana bumbung limas seperti bentuk piramid, panjang dan lebarnya hampir sama manakala bumbung lain rendah, biasanya tidak lebih dari satu meter tingginya dan tulang bumbungnya pendek.

Wakil Pentadbiran Rumah Limas, Catherine Tan, berkata Rumah Limas yang beroperasi kira-kira dua tahun lalu menerima kunjungan dan sambutan di luar jangkaan kerana ia bukan sekadar menjadi replika kediaman masyarakat Melayu sekitar 1950-an, malah pengisian pelbagai aktiviti di lapan rumah itu pasti memberi pengalaman bermakna kunjungan ke situ.

Katanya, seni bina setiap rumah di situ juga menonjolkan reka bentuk asal sehingga mampu memukau sesiapa saja yang mengunjunginya.

"Bayangkan ada rumah tradisional di tengah bandar yang menjadi antara pintu masuk ke negara ini. Sebab itu ia menjadi perhatian ramai, ditambah pula kedudukan Rumah Limas yang boleh dilihat dengan jelas dari laluan utama di Jalan Skudai.

"Tidak hairan bukan saja pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Rumah Limas, tetapi ribuan pengunjung juga membabitkan penduduk tempatan dari seluruh negara," katanya.

Sebagai contoh, Rumah Limas Muar yang menekankan adat Bugis mempunyai beberapa ruang, termasuk bahagian depan rumah digunakan untuk menyambut tetamu, manakala di puncak bumbung rumah ada sebatang kayu dipanggil 'tunjuk langit'.

Rumah Batu Pahat mempunyai ruang lebih luas biarpun seni binanya ringkas, manakala bumbung Rumah Pontian mempunyai rabung panjang dan hujungnya pula dihiasi ukiran kayu.

Catherine berkata, lebih menarik, kini pengunjung mampu menjamu selera di ketiga-tiga rumah itu kerana ia turut beroperasi sebagai restoran yang menghidangkan pelbagai masakan tradisional Melayu.

"Selain nasi lemak, mi bandung, mi rebus, asam pedas dan siakap tiga rasa, kafe berkenaan menawarkan menu istimewa seperti nasi beriani dan beraneka kuih tradisional masyarakat Johor mengikut permintaan pengunjung dan tempahan lebih awal," katanya.

Rumah Limas Kota Tinggi pula yang kini beroperasi sebagai tempat mencanting batik turut mempunyai reka bentuk unik kerana mempunyai tangga kayu yang tinggi dan bumbung serambi bercorak kerawang menarik.

Difahamkan, reka bentuk itu terkenal berikutan beberapa kawasan di sekitar daerah itu mudah dinaiki air banjir sehingga ia menekankan ciri-ciri keselamatan, selain reka bentuk sederhana.

Rumah Mersing yang berserambi dan berbumbung panjang dihiasi seni reka ukiran tradisional yang halus, melambangkan kekayaan warisan budaya kaum Melayu.

Ia beroperasi sebagai pejabat perancang majlis perkahwinan bagi pasangan yang menunjukkan minat tinggi untuk mengadakan majlis perkahwinan di Rumah Limas.

Catherine berkata, kewujudan tambahan Rumah Limas yang digelar rumah utama selain dataran arena menjadi tempat penganjuran pelbagai majlis keramaian dan pertunjukan persembahan tarian tradisional, termasuk zapin dan ghazal, mampu memuatkan kira-kira 1,000 hadirin pada sesuatu masa.

"Pasangan yang melangsungkan perkahwinan di situ juga dibawa bersiar-siar menaiki tren di sekitar kawasan pelancongan itu dengan diiringi paluan kompang," katanya.

Catherine berkata, Rumah Kluang yang mempunyai reka bentuk serambi tinggi berbanding rumah limas lain menjadi tempat memperkenalkan permainan tradisional, termasuk congkak dan gasing, di mana pengunjung boleh mempelajari permainan berkenaan.

"Rumah Segamat atau lebih dikenali sebagai 'Taman Orkid' dihiasi dengan lanskap menarik pelbagai spesies bunga orkid beroperasi sebagai pusat maklumat pelancongan.

"Manakala Rumah Johor Bahru yang terserlah dengan kombinasi kayu yang dicat warna putih dan coklat pula menawarkan lebih 500 cenderahati termasuk kraftangan, batik gambir lada untuk dibawa pulang oleh pengunjung bagi memperingati pengalaman mengunjungi rumah limas.

"Ada juga rumah spa yang menawarkan urutan badan tradisional masyarakat Melayu daripada harga serendah RM55 bagi pengunjung yang penat bersiar-siar di sekitar Danga Bay," katanya.



Info

> Rumah Limas Johor di Teluk Danga, Johor Bahru menampilkan lapan rumah kayu yang memiliki ciri-ciri tradisional tersendiri lapan daerah di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Kluang

> Perkataan 'limas' merujuk kepada bentuk bumbung rumah seperti piramid. Panjang dan lebarnya hampir sama manakala bumbung lain rendah

> Setiap rumah Limas di Teluk Danga menjalankan pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti restoran dengan hidangan tradisional Melayu, mencanting batik, persembahan hiburan, taman orkid, dan pusat jualan cenderahati serta kraftangan

Friday

Adakah Kita Sudah Bersedia Bertemu Nabi SAW

Teman tercinta,

Cuba bayangkan kalau Nabi Muhammad saw datang (mendadak) ziarah ke rumahmu. Apa yg akan kau buat?

Dialah manusia terbaik di permukaan bumi.

Lebih mulia daripada presiden dunia & pemimpin2nya.
Utusan Tuhan lagi datang ziarah ke rumahmu.
Pikirlah sekarang! Apa yg akan kau lakukan?
Apakah engkau akan lari ke pintu dgn muka yg
dibasuh air mata penuh dgn senyum & prasaan yg
tak dpt terlupakan sambil mengatakan:
"Rasulullah saw berada di rumahku, inilah hari yg paling
kusenangi dalam kehidupanku". Atau badanmu
akan gemetar?

Apakah kau akan lari secepatnya
ke kamarmu untuk menyembunyikan kaset-kaset
lagu arab & ing & ina dan kau ganti dgn
kaset2
Qur’an, nashid, & ceramah2? Atau kau akan
menyembunyikan jg vcd2mu yg MasyaAllah
isinya. Trus apakah kau akan membuang foto
artis2 & penari2 yg memenuhi dinding
kamarmu &
laci lemarimu?Foto2 yg kalau dilihat
Nabi,beliau
akan kecewa?

Apakah kamu akan sempat utk
membiarkan jenggotmu numbuh & meletakkan
siwak sebelah gosok gigi2mu supaya Nabi
melihat
betapa kamu menghargai & mengikuti
sunnahnya?
Kira2 bagaimana kau akan bertemu dgn
Nabi. Dgn
hijab yg rapih, atau kau akan menemui beliau
dengan rambut yg dicat, baju ketat, da2 yg
telanjang, & muka yg full of make up.

Gmn kalo
beliau melihat lagamu? Apakah beliau
akan tau
bahwa kamu adlh orang Islam? Atau beliau
akan
mengira bahwa dia salah ngetok ke rumah
seorang
artis barat yg tidak setitikpun tampak
kalau dia
merupakan org Islam.

Apakah anda akan
menghargai ortumu & berbicara pada mereka
dengan baik serta menuruti apa yg mereka
perintahkan padamu. Atau kamu akan berlaku
terhadap mereka seperti biasanya sebelum
beliau
saw datang ke rumahmu (kau bentak2 mereka,
masukkan nasehat mereka dari telingamu yang
kanan trus langsung dikeluarkan dari
telinga kiri) &
cuek saja dengan perintah Tuhanmu &
Nabimu yg
berisi ttg hak ortu?

Responmu akan bagaimana kalau beliau berkata
padamu : “saya tidak akan menanyamu ttg
sholat
subuhmu, sholatmu di mesjid, puasamu, &
qiyammu krn saya percaya bahwa itu merupakan
keutamaan2mu dalam hidup,kan?”. Perasaanmu
akan bagaimana tu wkt? Malu? Sedih? Atau
kamu
akan menutupi semua itu dgn senyum seorg
munafik & menjawab dgn kata “pasti”?

Bagaimana
kalau beliau saw mengetahui bahwa sudah
berbulan2 kau tidak sholat subuh & kamu
sering
bangga antar teman2mu karena kamu pernah
ngekhatam Qur’an sekali seumur hidupmu?
Bagaimana akan respon beliau? Apakah beliau
akan mengatakan:“MasyaAllah. Kau merupakan
kebanggaan bagi umat islam”? Atau mukanya
akan merah marah & keluar dari rumahmu?

Kamu
akan berbicara ttg apa dengan beliau? Ttg
derita muslimin & apa yg mereka alami dari
kezaliman? Ttg ilmu2 agama? Ttg sejarah
muslimin? Ttg pembangunan umat
untuk mencapai kemajuan dlm din dan dunia ?
Atau kamu akan bercerita ttg “gebetan”mu
yg tiap
malam “bokinan” denganmu? Atau akan
menggosipi org2? Atau ttg lagu2 Nancy
3ajram &
PePan? Atau ttg style rambutnya Del
Piero? Atau
ttg goal terakhirnya Ronaldinho? Atau ttg
gerombolanmu yg kamu banggakan krn
berhasil ‘ngerjain’ org?

Saudaraku yg kusayangi!
Apakah kamu membayangkan bagaimanakah
keadaanmu saatnya?

Atau kamu hanya asal baca
kata2 ini?

Apakah kamu menyesal atas apa yg
telah lalu?

Apakah kamu merasa bahwa kamu
belum sedia utk suatu ziarah dari Nabi saw?

Trus bagaimana halnya dengan Allah SWT yg
melihatmu 24 jam tidak lalai & tidak tidur?

Membentangkan tanganNya pd mlm hari utk
menerima pembuat maxiat pagi hari yg
bertobat &
Membentangkan tanganNya pagi hari utk
menerima pembuat maxiat malam hari yg
bertaubat. Lalu berfirman pada 1/3
terahir dari
malam “Apakah ada seseorg yg ingin bertaubat
agar Aku terima taubatnya? Apakah ada
orang yg
ingin beristighfar padaku supaya Aku ampuni
dosa2nya? Apakah ada orang yg meminta padaKu
agar Aku penuhi permintaannya?”.

Betapa kerasnya hatimu & betapa kejamnya
jiwamu. Apakah kamu mengejar dunia yg tidak
kekal (bahkan menjauhimu) & memberi
punggungmu utk Allah SWT yg membuka buatmu
1000 pintu & 1 pintu utk bertaubat?

Saudara tercinta..kamu pasti akan mengingat
surat ini pada hari kiamat & saatnya kau
akan
menjadi satu antara 2.

Seseorg yg bersyukur kpd
Allah krn hidupnya berubah stlh dpt
surat ini.

Atau
seseorg yg menyesal mndpt surat ini krn
tidak
mengambil moral darinya, akibatnya surat ini
menjadi penyebab azab buatnya.

Saudaraku, segeralah
bertaubat sebelum Izrail yg ziarah!

Surat Dari Iblis

Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak
berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu
tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca
Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.
Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus
sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang
budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan
tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang
berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh
datang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah
sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana
angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.Aku
lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Ini
bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkau
tidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawa
kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau dia
suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Ini
sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak
membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah
kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk
kegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting dan
membeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak
mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini bagus
juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang
kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau belajar
membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telah
membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau
adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia,
Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar
seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat
hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu
malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas
kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,aku
tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi
temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang
sia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh
badanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU manusia sendiri
menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati ini.Di akhirat
nanti,engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan
menuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH

Teka Teki Imam Ghazali

"Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Apabila Ketamakan Menguasai Jiwa

Jika anda berniaga, anda mestilah memikirkan dari segi ekonomi bagaimana hendak untung dan tidak rugi. Jika anda pengamal undang-undang, anda mestilah berusaha agar keadilan dinikmati oleh setiap yang berhadapan dengan proses penghakiman. Jika anda berpolitik, anda sepatutnya berfikir bagaimana untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Jika anda menyeru kepada Islam, anda sepatutnya berfikir bagaimanakah cara agar mesej Islam yang benar atau hidayah sampai dan berkesan untuk sasaran.

Bagi setiap bidang itu ada regunya atau hala tuju yang mesti jelas dalam pemikiran pengamalnya. Jika regu bidang ini ditukar putar sehingga tidak menepati matlamat yang sepatutnya, maka rosaklah bidang tersebut. Seseorang mungkin boleh mendapat faedah sampingan daripada bidang tertentu. Namun faedah tersebut jangan sampai menjejaskan matlamat yang asal.

Umpamanya jika pengamal undang-undang berfikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata sehingga mengenepikan soal keadilan. Atau jika ahli politik menganggap tujuan kegiatan politiknya untuk mengaut keuntungan sekalipun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah islam bertujuan memperolehi habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah. Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi sekarang..

Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.

Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.

Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.

Ustaz-ustaz dalam negara ini sering membaca hadis dhaif : “Hampirlah kefakiran itu menjadi kekufuran”. Hadis ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Namun hadis ini sering dibaca oleh panel-panel forum atau ceramah yang kurang teliti disiplin hadis, atau agak terburu-buru ingin memenuhi hasrat pihak menaja ceramah atau forum perdana yang biasanya dianjurkan oleh pihak yang dinamakan diri dengan “kemajuan Islam’.

Malang sekali mereka melupai hadis yang sahih yang merupakan amaran Nabi s.a.w terhadap umat ini. Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:

“Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbang menimpa kamu, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia seperti mana dibentangkan kepada mereka yang terdahulu dari kamu (umat yang silam), lalu kamu bersaing untuk mendapatkannya seperti mana mereka bersaing. Lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti mana ia telah memusnahkan mereka”.

Ya, inilah realitinya. Memang, Islam tidak menyukai kefakiran, sebab itulah diperintahkan agar setiap muslim berusaha dan bekerja, menjadi rezeki dan menanggung bebanan keluarga, juga diperintahkan agar dibantu fakir miskin. Namun ketamakan kepada harta jauh lebih merbahaya daripada kefakiran.

Apabila ketamakan menguasai diri, manusia bersaing sesama sendiri sehingga ke peringkat bunuh membunuh, jatuh menjatuh, dan tumbang menumbang. Dipertaruhkan maruah, harga diri, amanah, harta rakyat bahkan mungkin nyawa orang lain hanya semata kerana ketamakan harta. Hampir semua orang yang fakir ingin keluar dari kefakirannya, namun si tamak amat sukar untuk diheret keluar dari daerah ketamakan.

Mengubati kefakiran sebenarnya lebih mudah dari mengubati ketamakan. Penyakit kefakiran itu pula khusus untuk yang tiada harta dan amat miskin, sementara tamak boleh menimpa yang kaya dan miskin, yang jutawan dan yang dalam kefakiran. Ia boleh mengenai pemerintah dan rakyat, mat rempit dan ustaz.

Bukan Islam anti-harta, sama sekali tidak. Islam agama kerja dan mencari rezeki. Sehingga selepas solat Jumaat pun Islam tidak pernah mewajibkan untuk duduk di masjid untuk panjang-panjang. Sebaliknya disuruh untuk kita bertebaran mencari rezeki. Ini seperti firman Allah: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan Solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai Solat Jumaat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)” (Surah al-Jumuah, ayat 9 -10).

Dalam ayat ini juga menunjuk Hari Jumaat pun tidak disuruh kita menutup kedai sepanjang hari, sebaliknya hanya disuruh meninggal perniagaan apabila azan dilaungkan. Jika kedai ditutup pada Hari Jumaat, tentu tiada faedah Allah mengarahkan agar meninggalkan jual beli apabila mendengar azan. Selepas Solat Jumaat disuruh sambung bekerja. Demi sesungguhnya Islam tidak anti-harta. Bahkan Nabi s.a.w. menyebut:

“Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk seseorang yang baik” (Riwayat Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Apa yang Islam musuhi adalah ketamakan. Apabila kegilaan kepada harta memalingkan tujuan atau matlamat kehidupan, maka harta adalah perosak. Apabila kehendakan kepada harta memusnahkan agama, politik, keadilan maka harta itu menjadi fitnah. Ia akan memusnahkan rangkaian masyarakat muslim dan dunia keseluruhannya.

Hari ini dunia menderita disebabkan dasar kapitalisma yang diamalkan oleh para penindas yang menghisap darah rakyat di negara yang lemah. Kegilaan dalam mengaut keuntungan tanpa sempadan kemanusiaan telah memporak perandakan imbangan kehidupan manusia di dunia ini. Sehingga ada negara yang begitu miskin dan melarat, sedangkan di negara lain manusia begitu mewah melepasi sempadan igauan. Ketamakan harta jugalah sebenarnya yang menimbulkan kefakiran.

Maka perlaksanaan sistem Islam dalam ekonomi mestilah dapat menangkis kerakusan manusia dalam membolot harta sehingga menindas orang lain. Maka Islam mengharamkan riba kerana itulah pintu kepada kerakusan. Sistem riba itulah sekarang ini yang memiskinkan sejumlah besar manusia dalam dunia ini. Jika ada pengurusan kewangan atau perniagaan yang cuba menggunakan nama Islam tetapi tidak melepaskan diri dari unsur penindasan, maka Islam itu hanya sekadar kosmetik sahaja tanpa makna.

Barangkali orang ramai akan menyangka pengurusan itu sangat Islamik sebab ada ‘panel syariah’ yang dibayar elaun oleh pihak yang meminta difatwakan untuk bisnes mereka. Namun jika fatwa itu gagal membebas pihak yang berurusan dari penindasan ekonomi, maka itu bukan syariah namanya. Jika fatwa yang diberikan itu membebaskan pengurusan ekonomi dari unsur kezaliman dan penindasan, maka panel tersebut benar-benar menunaikan amanah ilmu.

Jangan sampai jadi cerita kononnya satu syarikat telekomunikasi yang berhempas pulas menghalal pertaruhan yang bersifat judinya dengan menjanjikan jawatan kepada seorang panel syariah yang akan dilantiknya.

Sebab itu Allah menyebut harta sebagai musuh dan fitnah iaitu ujian. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah (ujian), dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”. (Surah al-Anfal, ayat 28).

Maka, kerana harta manusia sanggup jual agama atau menyalahgunakannya. Agama Allah yang diturunkan untuk memberi hidayah kepada manusia telah dijadikan saluran untuk memakan harta orang lain dengan cara yang tidak benar. Allah menyebut tentang perangai ahli-ahli dahulu yang mengetahui Taurat dan Injil tetapi menyalahgunakannya.

Firman Allah: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam)..” (Surah al-Taubah ayat 34).

Perangai Ahlul Kitab berterusan sehingga ke zaman ini.

Kematian merupakan kesedihan dan kita disuruh membantu keluarga si mati. Namun berapa ramai manusia yang menggunakan nama agama mengambil bayaran itu dan ini daripada keluarga si mati. Direka bacaan dan solat itu dan ini yang tidak buat oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabah, lalu bayarannya dikenakan kepada keluarga si mati. Seakan di tangan golongan yang mengambil kesempatan inilah kunci pahala.

Inilah masalahnya, jika kita berfikir bagaimana ingin menjadikan Islam sebagai punca mengaut keuntungan, maka agama ini akan menjadi mangsa. Saya masih teringat cerita bagaimana ada pihak tertentu yang menubuhkan persatuan ‘solat jenazah’ dengan tujuan menghasilkan pendapat sampingan. Apabila ada saja kematian maka mereka pun akan dijemput dengan bayaran tertentu. Tanpa bayaran mereka tidak akan hadir.

Upacara-upacara ‘tambahan’ yang dikaitkan dengan agama juga akan diwujudkan yang mana bilnya terpaksa dibayar oleh keluarga si mati. Apabila mereka hadir ke tempat kematian wajah mereka kelihatan sedih dan sayu. Namun, apabila banyak hari tiada kematian atau pihak yang menjemput bagi upacara kematian, mereka sesama sendiri bersungut ‘tiada siapa-siapa yang nak mati ke? Sekurang-kurangnya lepas juga duit kopi..”

Maka, tidaklah dapat diketahui, apakah mereka suka dengan kematian atau dukacita mengenangkan keluarganya? Adakah di sana akan terdapat keikhlasan doa daripada mereka yang bersolat jenazah untuk mendapatkan upah? Namun masyarakat yang jahil termakan juga..

Bukan sedikit manusia yang berfikir bagaimana untuk menggunakan kehendak orang ramai kepada agama sebagai sumber pendapatan. Umpamanya, saya amat terkejut apabila dimaklumkan ada syarikat yang mengambil upah ‘menyamak’ rumah atau bangunan yang hendak didiami oleh orang Islam.

Barangkali rumah tersebut akan dibasuh dengan selut kerana bimbangkan penghuni bukan muslim yang tinggal sebelumnya membawa masuk anjing atau babi. Sedangkan Allah memaafkan apa yang tidak diketahui dan zahir. Namun mereka berlebih-lebihan. Maka habislah rumah dan bangunan itu berlumuran selut. Kosnya pun boleh tahan.

Namun, seperti mana sebahagian mereka yang terpengaruh dengan kempen ‘jualan langsung’ maka ada orang Islam yang menempah ‘kontrak selut’ itu kerana kononnya nanti solat tidak diterima Allah sebab ada kesan najis yang kita tidak nampak. Untunglah syarikat berkenaan apabila ada yang tidak faham hakikat Islam atau berjaya dikaburkan atas nama Islam. Padahal, pada zaman Rasulullah s.a.w anjing berkeliaran dan ramai orang arab yang membela anjing.

Apabila Islam datang, Islam mengizinkan anjing digunakan untuk buruan dan menjaga keselamatan, tetapi tidak untuk belaan biasa di rumah. Pada masa dahulu, para sarjana Islam mengulas larangan tersebut menyatakan antara hikmah daripada larangan tersebut kerana anjing yang dipelihara di rumah boleh menimbulkan ketakutan kepada tetamu yang datang, menyalak tidak menentu dan sebagainya yang mempunyai kemungkinan yang besar mengganggu orang lain. Sains moden juga membuktikan adanya ancaman penyakit dari haiwan berkenaan.

Namun baginda tidak pernah pun mengarahkan supaya mana-mana sahabah baginda menyamak satu rumah. Paling tinggi baginda menyebut tentang jilatan anjing:

“Apabila anjing menjilat bekas kamu, maka basuh sebanyak tujuh kali” (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat lain ditambah lafaz “ke tujuhnya dengan tanah” ada pula yang menyebut kali ke lapan (Riwayat Muslim).

Ulama berbeza pendapat tentang anjing. Ada yang menyatakan, berdasarkan hadis hanya jilatan anjing sahaja yang wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan bersama tanah pada kali ke tujuh, atau ke lapan. Ada yang meluaskan sehingga sentuhan basah anjing pun wajib dilakukan demikian, walaupun hadis tidak pun menyebutnya. Ada yang berpendapat, basuhan dengan air tanah hanya pilihan. Apa pun, Nabi s.a.w tidak pula menyebut mesti menggunakan selut dan menyuruh menyamak bangunan atau rumah. Apatah lagi jika tidak nampak kesan najisnya. Namun, akal bisnes kadang-kala lebih lajak dari lajunya.

(dipetik dari blog Mufti Perlis)

 

Wandi The Blog Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa